Page 597 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 597
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
APLIKASI SCREENCAST O’MATIC DAN MICROSOFT WHITEBOARD DALAM VIDEO
TERSUAI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU TINJAUAN
Sakhiyyah A Rahim, Ph.D
1
1 IPGK Dato’ Razali Ismail
21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
sakhiyyah@ipgkdri.edu.my
ABSTRAK
Dewasa ini e-pembelajaran merupakan kemestian lantaran pandemik COVID19. Ia
sememangnya agak mencabar bagi guru dan pelajar. Para guru perlu menggunakan
peralatan atau aplikasi yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian. Tambahan pula kebanyakan video atau bahan pengajaran yang boleh didapati
secara percuma di internet tidak memenuhi kehendak pelajar kerana beberapa faktor. Namun,
timbul masalah di mana para pendidik kurang berkemahiran dalam menggunakan aplikasi-
aplikasi digital dan kurang berkemampuan menghasilkan bahan pengajaran yang berkesan
disebabkan perkara tersebut. Tanpa penggunaan aplikasi yang sesuai, pelajar
berkemungkinan akan melabelkan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu sebagai
membosankan dan tidak berkesan. Kajian ini bertujuan memdapatkan maklumbalas pelajar
terhadap penggunaan video tersuai dan pengintegrasian dua aplikasi digital dalam video
tersuai tersebut. Dalam kajian tinjauan ini, penyelidik telah menggunakan dua aplikasi digital
iaitu screencast o’matic dan microsoft whiteboard untuk menghasilkan lapan video tersuai
yang dibuat khusus untuk kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Data
berkaitan maklumbalas pelajar ke atas penggunaan video tersuai dan juga kedua-dua aplikasi
digital telah dikumpulkan menerusi aplikasi google form. Hasil kajian menunjukkan para
pelajar bersetuju bahawa mereka lebih suka penggunaan video tersuai yang dihasilkan
khusus untuk kursus mereka berbanding video yang dimuatturun dari internet. Mereka juga
memberi respon yang positive terhadap penggunaan kedua-dua aplikasi digital dalam video
tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa penyelidik berjaya menyesuaikan teknik
pengajaran dengan situasi terkini.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian, video tersuai, screencast o’matic,
Mikrosoft Whiteboard.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 576

