Page 601 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 601
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Data dikumpul menggunakan google form. Google form ini mengandungi 18 item. Item-item
merangkumi soalan bersifat demografi seperti maklumat kelas dan jantina dan juga soalan
yang mengukur pengalaman mereka menggunakan video tersuai dalam proses pembelajaran
kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Para responden terdiri dari pelajar TESL
IPGKDRI PISMP Semester 2 seramai 70 orang dari empat kelas. 21.4% adalah pelajar lelaki
manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. Responden diminta memberi maklumbalas
terhadap item-item menerusi skala likert lima poin di mana skala 1 menunjukkan amat tidak
setuju dan 5 amat setuju.
Item-item menggumpul maklumat berkaitan video tersuai yang dihasilkan dari segi
kesesuaian tempoh, jeda penyampaian, kandungan, silibus, penggunaan bahasa,
pengulangan konsep dan kualiti interaksi. Terdapat juga item yang mengukur kemanfaatan
video tersuai dan Microsoft Whiteboard. Tinjauan ini telah dilaksanakan pada bulan April 2021
setelah semua topik yang menggunapakai video tersuai selesai sesi pengkuliahan dan
tutorial.
Video tersuai dihasilkanmenggunakan aplikasi digital iaitu screencast o’matic dan
microsoft whiteboard. Sebanyak tujuh video tersuai telah dihasilkan yang berdurasi antara
6:00 hingga 12:00 minit yang dibuat khusus untuk beberapa topik dalam kursus TSLB3043
English Phonetics and Phonology. Kesemua video tersuai ini dimuatnaik ke platform Google
Classroom kelas masing-masing (Rajah 1).
Rajah 1: Inovasi: Video tersuai menggunakan aplikasi screencast o’matic dan Microsoft
Whiteboard
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 580

