Page 602 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 602
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan membuat satu tinjauan terhadap (1) pengalaman pelajar belajar
menggunakan video tersuai dan (2) persepsi mereka terhadap kemanfaatan screencast
o’matic dan Microsoft Whiteboard dan proses pengajaran dan pembelajaran kursus
TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Data dianalisa secara deskriptif untuk
menjawab dua persoalan kajian ini.
Jadual 1 menunjukkan 95.7% dari responden telah menunjukkan respon yang positif
terhadap penggunaan video tersuai. Mereka lebih gemar menggunakan video tersuai
berbanding lain-lain bahan yang boleh dimuaturun dari YouTube. Majoriti dari responden
bersetuju bahawa durasi video tersuai dan tempo penyampaian adalah amat bersesuaian.
Kandungan video tersuai juga berfokus dan dilaporkan selari dengan kehendak kursus.
Bukan itu sahaja, pengulangan konsep juga berlaku sepanjang video tersuai. Pengulangan
konsep ini membantu responden untuk menyebut fonem dengan lebih baik (88.6%).
Responden juga bersetuju bahasa yang digunakan dalam video tersuai tersebut mudah
difahami di samping jeda yang bersesuaian dan interaksi berbentuk soalan. 94.3% and 95.7%
dari responden percaya video tersuai bagus untuk pembelajaran kadar kendiri dan akses
kendiri di mana mereka boleh menonton video tersuai tersebut bila-bila masa sahaja.
Data yang diperolehi juga menunjukkan para responden menunjukkan respon yang
positif terhadap kemanfaatan screencast o’matic dan Microsoft Whiteboard dan proses
pengajaran dan pembelajaran kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Microsoft
Whiteboard didapati membantu para responden untuk memvisualisasikan konsep secara
lebih jelas (94.3%) dan seterusnya membantu meningkatkan kefahaman mereka (94.3 %).
Penggunaanya juga membantu responden untuk membezakan fonem dengan lebih baik
(94.3). 87.1% dari responden berpendapat pengalaman belajar menggunakan video tersuai
yang mengintegrasikan screencast o’matic and microsoft whiteboard bagaikan sesi
pembelajaran secara bersemuka.
Jadual 1: Respon responden terhadap item soal selidik
No Item Peratus setuju
dan sangat
setuju
1 Video tersuai membantu pemahaman konsep 95.7
2 Durasi video tersuai adalah sesuai 90
3 Tempo penyampaian video tersuai adalah sesuai 90
4 Kandungan video tersuai adalah berfokus 90
5 Kandungan video tersuai selari dengan RMK 97.1
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 581

