Page 603 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 603
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
6 Video tersuai menerangkan aspek spesifik dalam silibus 87.2
7 Pengulangan konsep dalam video tersuai membantu pemahaman 75.7
8 Video tersuai membantu memperbaiki sebutan fonem 88.6
9 Penggunaan bahasa dalam video tersuai senang difahami 82.4
10 Jeda bersesuaian dalam video tersuai 82.9
11 Soalan dalam video tersuai membantu pelajar 91.4
12 Video tersuai boleh menonton berulangkali 95.7
13 Video tersuai pembelajaran tahap kendiri 94.3
14 Video tersuai pembelajaran akses kendiri 95.7
15 Microsoft whiteboard bantu visualisasi konsep dengan lebih baik 94.3
16 Microsoft whiteboard bantu meningkatkan pemahaman 94.3
17 Microsoft whiteboard bantu membezakan fonem dengan lebih baik 94.3
18 Microsoft whiteboard membuatkan saya rasa seperti belajar 87.1
bersemuka
Analisis seterusnya mendapati empat item mendasari kekuatan video tersuai iaitu item 5
(Kandungan video tersuai selari dengan RMK) 97.1%, item 1 (Video tersuai membantu
pemahaman konsep) 95.7%, item 12 (Video tersuai boleh menonton berulangkali) 95.7 % dan
item 14 (Video tersuai pembelajaran akses kendiri) 95.7%.
KESIMPULAN
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian memerlukan para pendidik keluar dari
corak pemikiran biasa. Mereka perlu mencari atau membina bahan pengajaran untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kajian ini meninjau (1) pengalaman pelajar
belajar menggunakan video tersuai dan (2) persepsi mereka terhadap kemanfaatan
screencast o’matic dan Microsoft Whiteboard dan proses pengajaran dan pembelajaran
kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Dapatan kajian menunjukkan penyelidik
yang amatur dalam penghasilan video tersuai telah berjaya menghasilkan video tersuai yang
menepati kehendak pelajar. Para pendidik seharusnya sentiasa membuat refleksi ke atas
amalan pengajaran masing-masing agar mereka dapat menjadikan sesuatu sesi
pembelajaran efektif dan bermakna. Mereka juga seharusnya berubah selari dengan
kehendak semasa di mana teknologi merupakan pemudahcara dalam pendidikan.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Data dari kajian ini menunjukkan para pelajar mengemari penggunaan video tersuai yang
mengintegrasikan aplikasi screencast o’matic dan microsoft whiteboard ini. Penghasilan video
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 582

