Page 658 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 658

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                               CERITA DALAM SAJAK MELALUI ANALISIS PRAGMATIK

                                                                          1
                                               Muhammad bin Che Majid

                                     1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
                                                22200 Besut, Terengganu.



                                                       ABSTRAK


               Makalah ini membincangkan peranan Teori Relevans yang dikemukakan oleh Sperber dan

               Kajian ini membincangkan tugas  Teori Relevans yang dipelopor oleh Sperber dan Wilson
               1986 (dalam Nor Hashimah, 2003) yang digunakan dalam mentafsir makna bahasa figuratif.

               Bahasa figuratif itu seperti metafora, ironi, hiperbola dan sebagainya. Bahasa figuratif banyak
               digunakan  oleh  penyair  dalam  penulisan  sajak  dan  bahasa  ini  sukar  ditaksir  maksudnya.
               Teori  Relevans  dengan  konteks  dan  kesan  konteks  memainkan  peranan  dalam  memberi

               makna  kepada  pendengar  atau  pembaca  itu  untuk  mengurangkan  usaha  memproses
               penafsiran makna itu.. Dengan menggunakan konteks dan kesan konteks, usaha memproses
               atau memahami makna daripada bait-bait sajak menjadi lebih mudah difahami. Hal ini selaras

               dengan tujuan Teori Relevans itu sendiri memudahkan pembaca memahaminya. Seterusnya,
               setiap bait atau ujaran mestilah jelas dan bermanifestasi. Kajian ini merupakan usaha untuk
               menerapkan  Teori  Relevans  dalam  Bahasa  Figuratif  daripada  genre  sajak.  Sajak  Cerita

               Dalam  Sajak  karya  Nawawee  Mohammad  dipilih  untuk  dianalisis.  Ternyata,  apabila
               menggunakan Teori Relevans dalam analisis maka sajak ini mudah difahami maknanya.


               Kata kunci: Teori Relevans, bahasa figuratif, makna tersirat, jelas dan bermanifesrasi, dan
                             konteks dan kesan konteks


               PENGENALAN

               Sajak ialah penglahiran perasaan individu dalam bentuk seni kreatif. Penglahiran seni melalui

               susunan  kata  yang  indah  dinamakan  Sajak.  Keindahan  susunan  kata  dalam  bait  itu
               dinamakan  gaya  bahasa.  Gaya  bahasa  dalam  Sajak  mencakupi  metafora,  simile,

               personafikasi (perorangan), peribahasa, ironi, hiperbola dan seumpamanya. Gaya bahasa ini
               dinamakan  bahasa  figuratif  (BF).  Menurut  Mary  Fatimah  (2012:116),  BF    sukar  difahami
               makna kerana keimplisitannya, di samping BF itu sendiri tidak mematuhi prinsip kerjasama

               Grice dalam implikatur. Implikatur pula ialah ujaran yang bermanisfestasi. Kajian berkaitan
               dengan kesusasteraan ini telah banyak dijalankan oleh pengkaji tempatan dan luar negara.
               Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambah kerancakan kajian BF di Malaysia.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                637
   653   654   655   656   657   658   659   660   661   662   663