Page 669 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 669

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Bait  “Sesekali  peristiwa  berpakat  kumpulkan”  ialah  BF  jenis  personafikasi.  Personafikasi
               bermaksud pemberian sifat manusia kepada objek atau konsep atau juga dikenali dengan

               perorangan.  Dalam  data  dua  (2)  ini,  konsep  perorangan  diberikan  kepada  peristiwa  iaitu
               berpakat. Data dua (2) ini diberikan makna linguistik seperti yang berikut:-
                       Data 2

                       Jenis BF      =      personafikasi
                       Sesekali      =      kadang-kadang, ada kalanya

                       Peristiwa     =      kejadian, sesuatu yang berlaku (menarik perhatian, dll)
                       Berpakat      =      muafakat
                       Kumpulkan     =      mengambil (mengutip benda yang berselerak)


               Selepas makna linguistik diberikan kepada data (2), maka analisis TR dipaparkan pula dengan

               mengambil kata “peristiwa” dan analisis seperti di sebelah.

                       Analisis TR

                       Data (2): Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan
                      Kod            =      peristiwa
                       Inferens      =      kejadian

                       Andaian       =      1.     Berlaku sesuatu dahalu
                                            2.     Menarik perhatian
                                            3.     Memberi inspirasi

                                            4.     Masa depan
                                            5.     Menjadi kenangan


               Daripada  analisis  data  (2)  TR,  “Sesekali  peristiwa  berpakat  kumpulkan”  dapat  dijelaskan
               bahawa andaian awal ini telah memberikan kesan konteks awal yang diperlukan. Sungguh

               pun begitu, makna implisit atau makna kepada bait itu belum dapat diberikan sepenuhnya
               andaian itu belum menerbitkan makna tersirat sepenuhnya. Oleh yang demikian, maklumat

               baharu diperlukan bagi menyempurnakan pencarian makna itu. Peranan proses penguatan
               dalam kesan konteks diperlukan. Hal ini sejajar dengan pendapat Nor Hashimah (2003:51),
               penguatan maklumat ialah proses apabila andaian awal pendengar dapat dikuatkan dengan
               maklumat baharu yang diberikan oleh penutur. Malah maklumat awal itu dapat disahkan dan

               ternyata betul untuk membentuk kesan konteks yang baik dan berguna kepada pendengar
               untuk membantunya menginterpretasi makna ujaran sebenar. Oleh yang demikian, data dua

               (2) “Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan”  ini dapat diinterpretasikan sebagai ada waktunya
               setiap  kejadian  atau  perlakuan  itu  menjadi  kenangan  atau  ingatan  yang  berpanjang  dan
               nostalgia.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                648
   664   665   666   667   668   669   670   671   672   673   674