Page 665 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 665
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengarang sudah merasai atau melalui perkara berkenaan itu. Sesuai pula dengan TR yang
membenarkan kita mnentukan kod, inferen dan andaian untuk mendapatkan makna sebenar
itu. Situasi ini sesuai dengan pendapat Carol (2008) yang menyatakkan bahawa BF dalam TR
perlukan penelitian berkenaan. Oleh yang demikian bait data (1) ini dianalisis kata
pengalaman
Kod = pengalaman
Inferens = kaya, berpengetahuan,
Andaian = sudah tua
Banyak ilmu
Berada di luar kawasan/kampungnya
Peranan kognitif diambil kira dalam menganalisis data. Pendengar memproses “Meniti batas
pengalaman masa kanak” itu sebagai “seseorang yang kaya dengan pengetahuan”. Apabila
kita mengambil kira aspek pengalaman dan pengetahuan sedia ada pendengar, ia terus
mengaitkan dengan kampung, bandar atau bandar raya dan berlaku penghijrahan. Orang
yang berpengalaman selalunya diungkap orang sudah lama makan asam garam dan tegal
merempuh semua masalah. Setiap masalah yang menimpa orang yang berpengalaman mesti
mempunyai solusi dan boleh diselesaikan. Bagaimana pula pengalaman ini masa kanak-
kanaknya. Masa kanak-kanak merupakan suatu masa yang indah. Persahabatan, kejiranan,
kasih sayang menjadi intisari. Hal ini dijelaskan oleh Mohd Hanif Mat Nor (2000) dengan kata-
kata;
“Justeru lahirlah perasaan saling memahami hati dan budi rakan, saling
memberi dan menerima pendapat, kongsi masalah, pandai berkawan,
berkongsi peralatan dan mengisi masa senggang dengan bermakna”
(Berita Harian, 17 Nov 2000)
dan dari satu sudut lain, sekali lagi Mohd Hanif Mat Nor (2000) menjelaskan;
“dari sudut kreatif, kanak-kanak dulu terdedah kepada unsur mencipta.
Mengapa mereka perlu mencipta sendiri bahan permainan? Pertamanya
mungkin kerana ibu bapa masa itu tidak berwang atau mereka terdedah
kepada suasana mencabar, memaksa mereka berusaha mendapatkan
sendiri peralatan permainan. Contohnya, kayu hoki diperbuat daripada
pelepah nibung, tarik upih menggunakan upih sebagai bahannya, biji getah,
buah pinang, buluh, tempurung, batu-batu, buah kelapa dan sebagainya
senang didapati dan diubah suai.”
(Berita Harian, 17 Nov 2000)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 644

