Page 667 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 667

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pada waktu itu. Dengan membawa papan begini memberitahu kepada kita  bahawa pada
               masa itu, sistem pendidikan amat daif disebabkan kemiskinan, susah mendapatkan wang,

               tahap  pemikiran  penjaga  tentang  pentingnya  pendidikan  rendah.  Mereka  lebih
               mengutamakan  kerja-kerja  di  bendang  daripada  mendapatkan  ilmu  pendidikan.  Namun,
               segelintir penjaga/ibu bapa tetap menghantar anak-anaknya ke sekolah untuk mendapatkan

               ilmu.


                      pagi petang berkaki ayam mengukur peta sawah
                       mengukur             =      mencari luas, menilai dengan membandingkan dengan
                                                   yang lain

                       petak                =      ruang  yang  disekat-sekat/bersekat-sekat,  sebidang
                       sawah

                                                                       yang disempadani dengan batas
                      sawah                 =      bendang, tanah yang bencah digenangi air, sesuatu
                                                                   perkara itu ada batasnya


               Bait  “mengukur  peta  sawah”  pula,    Nawawee  Mohammad  memberitahu  kepada  kita
               perbandingan  nilai  atau  ukuran  yang  diberikan  oleh  keluarga.  Perbandingan  nilai  yang

               dimaksudkan  ialah  setiap  kanak-kanak  itu  diberikan  peluang  kerja  membantu  keluarga
               dengan membanting tulang. Kerja yang dilakukan oleh penyair ialah menanam padi bersama-
               sama dengan keluarga. Dalam hal menanam padi ini, ukuran bagi benih padi itu ialah segi

               empat sama atau segi empat tepat, sebagai asasnya. Jadi, penyair juga mengalami keadaan
               ini dengan membantu keluarga dalam menanam padi itu.

                       Selain daripada itu, kehadiran bait “Disuburi budaya kampung dihibur mainan tradisi”
               dalam  jenis  perlambangan.  Perlambangan  yang  hadir  di  sini  ialah  budaya  kampung  dan
               mainan tradisi.  Penyair juga meletakkan permainan tradisional dan budaya kampung seperti

               “gelek para buah pinang”, “main galah panjang” , “tuju lubang butir getah”, “gerat buah gurah”
               dan “lumba lari kaki tempurung”

                                           Jadual 3: Data Maklumat Tambahan
                                 Jenis BF                         Contoh
                                                  1. gelek para buah pinang

                                                  2. main galah panjang
                              Perlambangan        3. tuju lubang butir getah
                                                  4. gerat buah gurah

                                                  5. lumba lari kaki tempurung





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                646
   662   663   664   665   666   667   668   669   670   671   672