Page 666 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 666
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Zaman kanak-kanak di bandar dan di desa juga berbeza. Kehidupan zaman kanak di desa
lebih memberi kepuasan berbanding dengan kanak-kanak di bandar. Keperluan kepuasan
kanak-kanak terlalu banyak, selain aman di desa, tenang dan boleh bermain bendang.
Keadaan ini boleh didapati melalui pengalaman sedia ada kanak-kanak itu, sama ada melalui
menonton televisyen, menonton drama, melayari internet, malahan dibawa oleh keluarga
sesekali pulang bercuti. Di samping itu, jenis permainan tradisional juga mengheret kanak-
kanak berfikir dan menggunakan psikomotor yang kuat.
Dengan analisis TR, penentuan kod, inferens dan andaian dibina untuk menentukan
andaian paling relevans. Pendengar juga diberi kemudahan untuk membina dan kemudian
memproses andaian sebagai wacana awalan. Dalam sajak ini, konteks pemulanya sangat
jelas, iaitu tentang pengalaman hidup di desa yang dihiasi dengan pelbagai permainan tradisi
dan imbasan kembali tentang kehidupan di desa yang aman dan tenang yang dipenuhi
dengan suara agama dan tok guru (mengaji quran). Kajian untuk sajak ini mendapati
konteksnya diketahui oleh pendengar dan dari pengetahuan tentang konteks itu yang sudah
wujud di dalam minda pendengar. Jadi, usaha memproses pendengar tidak tinggi. Maka,
penafsiran tentang sajak ini sangat mudah.
Dalam keadaan ini, proses menguatkan konteks terjadi. Maklumat tambahan
dibekalkan pula. Maklumat tambahan itu ialah:
i. mengelek papan selit
ii. mengukur peta sawah
iii. sudah berbau selut
Dengan kata “mengelek papan selit”, “mengukur peta sawah”, dan lain-lainnya itu memberi
konteks yang baik kepada pendengar. Pengesahan dan kesahihah maklumat awal itu betul
dan sahih maka berlakulah pembentukan kesan konteks yang baik dan sangat membantu
pendengar dalam membantunya untuk menginterpretasi makna ujaran sebenar. Dengannya
adanya penguatan maklumat (proses andaian awal pendengar berlaku) dan terdapat pula
pengayaan. Penggayaan diperoleh dengan mengulang semula kod, inferens dan andaian.
Oleh itu, bait “mengelek papan selit” dan “berkaki ayam” diberikan makna linguistik.
ramai-ramai berulang alik mengelek papan selit
Mengelek = mengangkat (membawa) di bawah ketiak
Papan = kepingan kayu yang nipis atau lebar
Selit = di celah
Oleh itu, “mengelek papan selit” membawa maksud membawa papan secara diselitkan di
bawah ketiak untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 645

