Page 668 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 668

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                      Soalnya adakah  pemodenan mengubah segalanya atau kita yang lupa
                      pada  hak  dan  warisan  sehingga  mudah  dan  rapuh  menerima  tanpa

                      tentangan segala peralatan moden yang mendidik generasi muda ke arah
                      keganasan dan kebinasaan. ... ini memerlukan renungan untuk menoleh
                      ke belakang dan menilai diri. Adakah segala permainan dicipta untuk kita

                      kini  sesuai  dengan  perkembangan  jiwa  mereka?    Ataukah  kita  sendiri
                      bersalah  kerana  mengejar  kebendaan  sehingga  lupa  seni  dan  budaya

                      sendiri.
                                                                              (Berita Harian, 17 Nov 2000)


               Kekuatan nostalgia ini ditokok pula oleh Mohd Hanif Mat Nor dengan kenyataannya seperti di
               bawah:

                              Jika  ditanya  segala  jenis  permainan  yang  disenaraikan  oleh
                              Nawawee  Mohamad    melalui  sajaknya,  kemungkinan  anak  kita
                              terlopong  untuk  menjawab  atau  menghuraikan.  Ini  menunjukkan

                              betapa jauhnya dunia mereka dengan dunia kita. ... jika diterangkan,
                              mereka  mungkin menganggap kita  terlalu  kuno atau  moden  dapat
                              menentukan pembentukan jiw amereka tetapi jenis permainann  itu

                              mempengaruhi  sikap  dan  pembentukan  peribadi  mereka.  ...
                              mengambil  contoh  permainan  tradisional  Teng-teng  atau  dekcok
                              (istilah di Kelantan) boleh memainkan kanak-kanak dengan bilangan

                              empat  pemain,  cukup  berhasil  memupuk  persefahaman,  membina
                              nilai bersama selain memupuk otak yang cergas.

                                                                                                 (Berita Harian, 17 Nov 2000)

               Dalam hal ini, proses penguatan berlaku kerana adanya maklumat tambahan yang dibekalkan

               dalam cerita kedua ini, iait bait “Disuburi budaya kampung dihibur mainan tradisi”. Bait ini juga
               menguatkan cerita pengalaman yang menjadi analisis yang pertama itu. Dengan kehadiran

               bait  pengalaman  yang kedua  ini,  ia  menguatkan  lagi  hujah  pertama.  Maksud  di  sini  ialah
               dalam  cerita  berkenaan  pengalama,  Nawawee  Mohammad  menyelitkan  dua  pengalaman
               yang  berharga  itu.  Cerita  pengalaman  masa  kanaknya  yang    pertamanya  ialah  alam
               persekolahan dan cerita pengalaman yang keduanya ialah budaya dan permainan tradisional.

               Data yang kedua ialah "Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan” seperti di bawah:
                                                     Jadual 4: Data 2

                       Bil Data                  Data/BF                           Jenis BF
                          2       Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan    Personafikasi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                647
   663   664   665   666   667   668   669   670   671   672   673