Page 709 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 709
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perisai kepada kepada generasi muda yang terdedah dengan penjajahan minda bentuk
baharu dalam ledakan perkembangan digital masa kini. Justeru, dengan tema Hari
Kebangsaan 2021 Malaysia Perihatin yang dikekalkan sejak 2020 bertepatan dengan
semangat dan sikap perpaduan yang perlu ditanamkan kepada generasi muda agar sentiasa
perihatin dengan perpaduan kaum ke arah merealisasikan kemenjadian insan murid dalam
pendidikan negara tanpa mengira latar belakang mereka.
Hal ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga
2025 (PPPM 2013-2025) memberi peluang kepada murid orang asli dan kumpulan minoriti
peribumi di Sarawak dan Sabah menikmati peluang yang sama dalam pembangunan
pendidikan. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) memacu bidang pendidikan
bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian ilmu melalui tiga kemahiran iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis serta 2 aspek bahasa iaitu seni
bahasa dan tatabahasa. Kajian ini memberi perhatian terhadap kemahiran membaca bahasa
Melayu yang mampu menjadi wahana pemangkin perpaduan kaum di negara ini.
SOROTAN LITERATUR
Perpaduan kaum menjadi agenda utama sistem pendidikan kebangsaan kerana melaluinya
kanak-kanak di Malaysia bebas mengikuti program pendidikan tanpa ada batasan agama,
warna kulit, bahasa dan budaya untuk bergerak ke tahap kecemerlangan (equality to
excellence) serta berorientasikan objektif yang boleh diukur (measurable objectives) (Ishak
Ramly, 2005; Lunenberg & Ornstein, 2013). Selari dengan pembangunan kurikulum di
sekolah rendah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada tahun
2011 hingga sekarang (BPK, KPM 2015). KSSR baharu ini telah melalui semakan semula
pada tahun 2017 dengan kohort pertama murid-murid di bawah KSSR mendaftar masuk ke
Tingkatan Satu di sekolah menengah pada January 2017. Revolusi pendidikan rendah di
Malaysia terus berkembang sejajar dengan tuntutan PPM 2013-2025 meletakkan
keperihatinan KPM untuk melaksanakan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. PBS merupakan satu usaha
untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaaan
ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai,
etika serta moral yang tinggi (PPPM 2013-2025) serta mengambil alih bentuk pentaksiran
sepenuhnya apabila UPSR dimansuhkan mulai 2021.
Sehubungan itu, dalam bidang pendidikan di Malaysia, masyarakat peribumi
berpandangan lebih kontemporari dengan perspektif meneliti dan berfikir jauh terhadap isu-
isu perpaduan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka dengan mengambil
pendekatan menghormati orang lain demi menjaga keharmonian (Celinea & Zamri, 2019;
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 688

