Page 710 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 710

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Minos, 2000; Caesar, 2007). Budaya masyarakat peribumi adalah tentang set kepercayaan
               bersama,  nilai,  dan  sikap  yang  diwarisi  dari  generasi  terdahulu  (parent-child  relationship)

               melalui perkongsian dalam bentuk reciprocate budaya dan bahasa dengan kaum-kaum lain
               dalam mengekalkan perpaduan kaum  (Celinea & Zamri, 2016; (James, Ahi & Nicholas, 2003).
               Justeru, apabila dikaitkan dengan kemahiran membaca, strategi pembelajaran reciprocal ini

               melibatkan penyoalan, penjelasan, perumusan dan peramalan saling bertindak balas bagi
               menghasilkan pembelajaran kemahiran membaca yang efektif (Duffy, 2002; Duke & Pearson,

               2002;  Williams, 2002). Hal ini demikian, murid yang lemah dalam pemahaman membaca
               dapat  dibantu  oleh  murid-murid  lain  melalui  pembelajaran  secara  berkumpulan  dan
               pengukuhan pengalaman dalam aktiviti membaca (Hashey & Connors, 2003; Oczkus, 2010).

               Strategi ini pembelajaran ini di terapkan dalam kemahiran membaca bahasa Melayu serta
               dapat merapatkan jurang komunikasi murid pelbagai kaum di Malaysia kerana bahasa Melayu

               merupakan bahasa pengantar utama di setiap sekolah di Malaysia (Celinea & Zamri, 2018).

               METODOLOGI KAJIAN


               Reka bentuk kajian ini bersifat kes kualitatif yang melibatkan prosedur persampelan, prosedur
               pengumpulan data, dan penganalisisan data. Prosedur pengumpulan data terdiri daripada
               proses  mengenal  pasti  peserta  kajian,  kebenaran  menjalankan  kajian,  pengendalian

               instrumen  kajian,  kesahan  dan  kebolehpercayaan  kajian.  Pengendalian  instrument  kajian
               meliputi protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen. Pengkaji telah

               menggunakan perisisan Atlas.Ti Mac versi 1.6.0 (484), sementara semakan dan pengesahan
               beberapa orang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan.
                       Sementara itu, lokasi kajian yang dipilih melibatkan empat buah Sekolah Kebangsaan

               di  Sarawak.  Lokasi  sekolah  yang  terletak  di  pinggir  bandar  dan  luar  bandar  memberi
               gambaran  kepelbagaian  latar  belakang  murid  peribumi.  Seramai  8  orang  murid  Tahun  5
               dengan 4 orang bahasa Melayu dilibatkan dalam kajian ini. Kaedah persampelan bertujuan

               (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini bagi memperoleh data  secara tepat, holistik
               dan  bermakna  (Patton,  2002;  Othman,  2012;  Ghazali  &  Sufean,  2016;    Celinea  &  Zamri,
               2017). Temu bual peserta kajian, pemerhatian PdP di dalam bilik darjah dan analisis dokumen

               telah dilaksanakan bagi mendapatkan data kajian. Sehubungan itu, Objektif kajian ini adalah
               untuk  mengenal  pasti  strategi  pembelajaran  kemahiran  membaca  bahasa  Melayu  murid

               peribumi  serta  mengenal  pasti  pencapaian  matlamat  pembelajaran  kemahiran  membaca
               bahasa Melayu dalam konteks perpaduan kaum di Malaysia.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                689
   705   706   707   708   709   710   711   712   713   714   715