Page 712 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 712
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mengelola aktiviti (Umi Nadiha, Zamri & Jamaludin, 2011). Dapatan kajian ini juga selari
dengan kajian Abdul Rasid dan Hasmah (2013) yang mendapati bahawa amalan
pembelajaran bahasa Melayu yang menyeronokkan ialah apabila murid dapat belajar dengan
mengetengahkan bakat semula jadi mereka melalui bimbingan pengajaran guru. Di samping
itu, pembelajaran bahasa Melayu yang menyeronokkan memberi peluang kepada pelajar
membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling mempengaruhi dalam membina
keyakinan diri (Celinea & Zamri, 2018; Shaffe Mohd Daud et al. 2011).
Contoh transkrip:
“Saya dapat pinjam buku-buku dari kawan-kawan. Saya selalu pinjam dari kawan-
kawan dan kongsi bahan bacaan. Kalau sudah baca kami akan tukar dengan kawan
yang lain.” (BBB/M1TB3SK1/B16-B18)
“Kami buat kerja yang cikgu beri bersama-sama dengan kawan dalam kumpulan dan
kongsi sama-sama bahan bacaan kami.” (BBB/M2TB2SK1/B39-B40)
“… selalunya cikgu BM akan edarkan buku dalam kumpulan untuk kami baca
bersama-sama bila kami ada bacaan NILAM. Kami akan baca dengan senyap buku tu
sampai habis. Lepas tu kami buat ulasan bersama-sama dengan kawan. Kalau buku
yang cikgu bawa tidak cukup, kami akan kongsi dengan kawan.”
(BBB/M8TB1SK4/B73-B79)
Triangulasi melalui pemerhatian pembelajaran pula menunjukkan terdapat dalam kalangan
murid mempunyai koleksi bahan bacaan sendiri di bawa ke kelas untuk dikongsi bersama
rakan-rakan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid belajar bahasa Melayu dengan
seronok apabila belajar beramai-ramai dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah
pembelajaran bersama-sama. Triangulasi melalui pemerhatian pembelajaran di dalam bilik
darjah menunjukkan bahawa murid mempersembahkan hasil penyelesaian masalah dalam
bentuk ulasan refleksi pembelajaran. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Demmert (2001)
mendapati bahawa aktiviti kumpulan berbentuk penyelesaian masalah dapat membina sikap
positif dalam diri murid. Penyelesaian masalah melatih murid berfikir secara kritis dan kreatif
serta membantu murid menyelesaikan tugasan pada masa yang ditetapkan (Celinea & Zamri,
2018; Umi Nadiha Zamri & Jamaludin 2011).
Contoh transkrip :
“Ya, kami akan tanya pada kawan-kawan lain yang lebih faham. Dalam kumpulan
kami, kawan yang lebih faham akan bimbing dan jelaskan kepada kawan yang tidak
faham.” (BRS/M1TB2SK1/B41-B43)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 691

