Page 711 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 711

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

               Dapatan  kajian  menunjukan  bahawa  tiga  tema  iaitu  (i)  pembelajaran  berkumpulan,  (ii)

               pengukuhan pengalaman, dan (iii) pencapaian matlamat telah diperoleh melalui temu bual
               dengan  peserta  kajian  murid  dan  guru  serta  disokong  melalui  triangulasi  pemerhatian

               pembelajaran  di  dalam  bilik  darjah  dan  analisis  dokumen  yang  berkenaan.  Pembelajaran
               berkumpulan dalam konteks kajian ini merujuk pada proses pembelajaran yang melibatkan
               murid peribumi menjalankan aktiviti belajar bahasa Melayu bersama-sama di dalam dan di

               luar bilik darjah secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan membantu guru mengawal
               bilik darjah dengan lebih teratur serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
               sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Corak pembelajaran melalui penyelesaian

               masalah  dalam  kumpulan  ini  dipengaruhi  oleh  budaya  dan  cara  hidup  murid  peribumi
               dibesarkan (Celinea & Zamri, 2018).


                       Contoh transkrip:
                       “Saya rasa puas hati dan gembira bila dapat belajar bersama dengan kawan-kawan

                      saya.” (BB/M5TB2SK3/B76-B77)

                      “… saya suka belajar secara berkumpulan kerana kami boleh siapkan kerja dan belajar

                      sama-sama. Kerja kumpulan yang cikgu bagi pun cepat siap sebab ramai kawan yang
                      boleh bantu.” (BB/M6TB1SK3/B93-B96)


                      “Cikgu BM kata supaya kami boleh jawab sama-sama. Kami juga boleh tolong kawan
                      yang  kurang  pandai  dan  dia  pun  dapat  jawapan  yang  sama  sebab  sama  satu

                      kumpulan.” (BB/M7TB2SK4/B57-B59)

                      “Saya rasa lebih seronok sebab boleh dapat jawapan yang betul di dalam kelas dan

                      kongsi jawapan pemahaman bersama kawan lain. Emm… belajar bersama macam ini
                      lebih  senang  lah,  jadi  di  rumah  boleh  lah  buat  ulang  kaji  lebih  lama.”
                      (BB/M8TB2SK4/B79-B82)


               Di  samping  itu,  pembelajaran  bahasa  Melayu  menggalakkan  murid-murid  pelbagai  kaum

               belajar  bersama-sama  dalam  suasana  yang  harmoni  dapat  memenuhi  sifat  semula  jadi
               kanak-kanak  yang  memerlukan  dampingan  rakan-rakan  sebaya.  Triangulasi  melalui
               pemerhatian pembelajaran di bilik darjah pula menunjukkan suasana pembelajaran di bilik

               darjah sentiasa ceria dan harmoni menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih bermakna
               apabila murid dapat menerapkan kemahiran generik seperti berkomunikasi, merancang dan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                690
   706   707   708   709   710   711   712   713   714   715   716