Page 715 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 715

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               KESIMPULAN KAJIAN

               Sebagai  kesimpulan,  murid  peribumi  sedaya  upaya  menggerakkan  fungsi  minda  untuk

               mengumpul  maklumat,  memproses,  menyusun  dan  seterusnya  merumuskan  himpunan
               maklumat bagi membentuk pengetahuan baharu yang bermakna. Proses berfikir ini berlaku

               secara individu dan dan secara berkumpulan sebagai latihan menggerakkan minda murid
               secara aktif. Pemikiran secara individu dikongsi dan dikumpul secara kolektif semasa proses
               penyelesaian  masalah  dalam  kumpulan  bagi  mencapai  matlamat  pembelajaran  serta

               menyemai semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan murid yang berbilang suku kaum
               dan etnik. Himpunan pengalaman ini dihubungkaitkan dengan refleksi terhadap pembelajaran
               untuk dijadikan informasi berguna pada masa hadapan.

                     Justeru, cetusan informasi melalui pengalaman membantu murid meramalkan perkara
               yang  akan  berlaku  pada  masa  hadapan  dengan  jelas.  Pembelajaran  murid  peribumi juga
               berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Melayu dan dijadikan sebagai bahasa pengantar

               dan  bahasa  komunikasi  di  dalam  dan  di  luar  bilik  darjah  bagi  mencapai  matlamat
               pembelajaran mereka. Dalam konteks kajian ini, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa

               ilmu  dan  bahasa  perpaduan  bagi mengumpul  seberapa  banyak  ilmu  dalam  pembelajaran
               mereka.  Justeru, keberhasilan murid di negara ini diharapkan dapat menyumbang kepada
               pembangunan negara, saling menghormati kepelbagaian budaya, adat resam, dan pegangan

               agama dalam konteks masyarakat kolektivisme di Malaysia.


               SYOR CADANGAN KAJIAN

               Sebagai  syor  cadangan,  kajian  ini  hanya  berfokus  terhadap  pembelajaran  kemahiran
               membaca bahasa Melayu dalam kontek perpaduan kaum di Malaysia. Kajian lanjutan perlu

               dijalankan  terhadap  kemahiran-kemahiran  bahasa  yang  lain  dalam  pendidikan  bahasa
               Melayu di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Di samping itu, disyorkan juga
               kajian bagi mengetahui kesedaran pedagogi guru berkaitan dengan keperluan pengajaran

               dan pembelajaran kemahiran bahasa dalam konteks perpaduan kaum. Kajian lanjutan secara
               mendalam  masih  perlu  dijalankan  bagi  meneroka  permasalahan  yang  dihadapi  dalam

               pembelajaran bahasa Melayu secara keseluruhannya. Kajian lanjutan juga perlu dijalankan
               dalam  membangunkan  pendidikan  anak-anak  peribumi  yang  berkait  rapat  dengan
               kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam serta pegangan hidup yang unik dan tersendiri

               sebagai sebahagian  daripada  komuniti  ASEAN. Seterusnya  bagi merungkai  pemasalahan
               pembelajaran anak-anak peribumi, pengkaji mengharapkan kajian lanjutan yang berkaitan
               dengan  logistik  bagi    menambah  baik  kemudahan  pembelajaran  dan  pembangunan

               prasarana  pembelajaran  murid  peribumi  dalam  skop  kajian  yang  berbeza  daripada  mata
               pelajaran lain.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                694
   710   711   712   713   714   715   716   717   718   719   720