Page 713 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 713
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
“… kalau saya tidah faham semasa belajar BM, saya boleh bertanya dengan kawan-
kawan saya dan juga cikgu saya. Kawan-kawan yang lebih pandai akan membantu
saya dan mengajar saya.” (BRS/M4TB1SK2/B36-B39)
“Kalau saya tahu jawapan, saya akan angkat tangan untuk jawab dan tolong kumpulan
saya selesaikan masalah dengan soalan itu.” (PM/M5TB2SK3/B81-B82)
Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan strategi pembelajaran melalui pengukuhan
pengalaman dalam konteks pembelajaran murid dipengaruhi oleh aspek latar sosial, budaya
dan ekonomi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian dari segi latar belakang
sosial membentuk pengalaman untuk murid membina pengetahuan baharu dalam
pembelajaran mereka. Kepelbagaian budaya mengajar murid saling menghormati dan
menghargai rakan-rakan dan guru mereka. Murid peribumi lebih menggemari gaya
pembelajaran yang mempunyai elemen persekitaran yang berkaitan dengan pengalaman
dalam kehidupan mereka bagi memudahkan pemahaman dan pembinaan makna baharu
dalam pembelajaran (Celinea & Zamri, 2016; Batik Bidin 2011). Menurut Chang (2002) dan
Khairunesa Isa (2014), kumpulan peribumi di Sarawak mempunyai keunikan cara hidup yang
tersendiri kerana kehidupan mereka berkait rapat dengan menghayati dan menghormati
budaya, bahasa, adat resam, menjaga serta menghargai alam sekitar. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Norwaliza (2014) yang mendapati bahawa murid orang asli dapat
mengingati pembelajaran lepas apabila guru menghubungkaitkan pelajaran dengan
persekitaran kehidupan murid.
Contoh transkrip:
“Saya akan fikirkan benda yang sama saya pernah baca atau lalui. Ya, saya akan
cuba samakan dengan cerita yang pernah saya baca atau saya lalui macam cerita di
kebun, di bandar dan di kampung.” (LS/M2TB1SK1/B63-B67)
“… saya akan ingat semula cerita saya sendiri yang tidak berkemampuan sedangkan
kawan-kawan lain orang berada. Saya datang dari keluarga yang miskin, saya akan
dapat rasakan apa perasaan orang miskin dalam cerita yang baca.
“Keluarga saya di rumah bercakap dalam bahasa Melayu. Keluarga saya bercakap
dalam bahasa Melayu kerana lebih senang untuk kami difahami … lagipun ibu saya
kurang fasih bercakap bahasa Bidayuh, dia faham sikit-sikit saja sebab dia orang Lun
Bawang.” (LB/M5TB1SK3/B104-B110)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 692

