Page 714 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 714

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa pembelajaran kemahiran membaca murid peribumi
               cenderung ke arah  pencapaian matlamat dalam pembelajaran. Matlamat yang disasarkan

               untuk  memperoleh  pengetahuan  dan  pengajaran  baharu  daripada  bahan  yang  dibaca.
               Menurut  Batik  Bidin (2011),  murid  peribumi mempunyai  ransangan  motivasi  intrinsik  yang
               tinggi  untuk  mempelajari  sesuatu  yang  baharu  serta  bertanggungjawab  positif  terhadap

               pembelajaran. Murid peribumi saling memberi peneguhan positif kepada rakan-rakan yang
               kurang yakin dalam pembacaan. Dapatan kajian ini selari dengan  kajian Sporer et al. (2009)

               yang  mendapati  bahawa  pencapaian  matlamat  mencungkil  bakat  murid,  bersaing  dan
               membuatkan mereka lebih dengan berani serta berkeyakinan. Peningkatan pencapaian murid
               dalam pembelajaran dipengaruhi oleh minat terhadap subjek yang dipelajari, kemahiran kerja

               berpasukan dan kemahiran penyelesaian masalah (Skolnick 2009).
                      Contoh transkrip:

                       “Membaca boleh buatkan saya lupa masalah-masalah lain seperti stress dengan ujian
                      dan hilangkan rasa sedih saya.” (KM/M1TB3SK1/B34-B35)


                      Emm…bila kita membaca buku, kita dapat banyak faedah belajar yang baik seperti
                      dapat  pengajaran  dan  nilai-nilai  murni  untuk  dicontohi  dalam  subjek  Moral.”
                      (KM/M6TB3SK3/B173-B174)


                       “… apabila murid rajin membaca, contohnya membaca buku cerita, mereka mendapat
                      kepuasan  membaca  iaitu  melalui  jalan  cerita  yang  menarik  sesuai  dengan  tahap

                      mereka.  Cerita-cerita  yang  menarik  yang  dibaca  menghiburkan  murid,  menjadikan
                      mereka pelajar yang baik dan ceria di dalam kelas.” (KM/G2TB1SK2/B107-B111)


               Dapatan  kajian  juga  menunjukkan  pembinaan  keyakinan  diri  murid  menghadapi  cabaran,
               bersikap  positif,  dan  aktif  dalam  pembelajaran  mereka.  Kemahiran  membaca  membantu

               murid lancar bertutur serta lebih yakin dan berani dalam berkomunikasi. Dapatan kajian ini
               disokong oleh kajian Foster dan Carboni (2009) yang mendapati bahawa aktiviti pembelajaran

               berkumpulan melatih sifat kepimpinan pelajar serta jati diri murid dalam memaksimumkan
               pencapaian  matlamat.  Setiap  murid  bertanggungjawab  mencapai  matlamat  pembelajaran
               melalui kerjasama yang padu dan hubungan yang erat dalam kalangan ahli kumpulan (Yeop
               Hussin 2006; Zamri, Norasmah & Mohamed Sani, 2008; Umi Nadiha, Zamri & Jamaludin,

               2011).







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                693
   709   710   711   712   713   714   715   716   717   718   719