Page 722 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 722

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               masyarakat majmuk khususnya serta negara amnya. Nilai BM  dilihat kepentingannya dalam
               pembentukan lambang jati diri bangsa berlandaskan budaya sesuatu kaum. BM dipilih untuk

               membentuk lambang jati diri setiap warganegara Malaysia. Kepentingan nilai BM berikutnya
               dilihat pada pemilihannya oleh kaum majoriti, iaitu Melayu sebagai bahasa perpaduan. Nilai
               BM yang asalnya digunakan oleh kaum Melayu begitu mudah diterima sebagai bahasa dalam

               komunikasi  atas  alasan  mudah  ditutur  dan  difahami  oleh  setiap  kaum  (Rosnani  Hashim,
               2004). Bagi merealisasikan peranan BM sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan

               negara,  Penyata  Razak  telah  dijadikan  asas  dalam  Ordinan  Pelajaran  1957.  Daripada
               penyata  tersebut,  nilai  BM  dalam  pendidikan  dapat  digunakan  sebagai  alat  untuk
               meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.


               2.  Bagaimanakah  integriti  asas  budaya  berteraskan  nilai  BM  bagi  pemupukan  perpaduan

               dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini dapat ditingkatkan?

               Analisis kajian menunjukkan bahawa nilai BM perlu digerakkan atas dasar bahasa ilmu dan

               pengetahuan.  Kekuatan  nilai  BM  sebagai  bahasa  ilmu  dan  pengetahuan  tercetus  pada
               awalnya  daripada  Laporan  Razak  1957  dan  1961.  Penyemakan  pelaksanaan  syor  yang
               dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib telah menghasilkan pula Laporan

               Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan nilai BM digunakan sepenuhnya
               sebagai  bahasa  kebangsaan,  selain  diberikan  tempat  sebagai  bahasa  pengantar  ilmu
               pengetahuan supaya dapat berkembang menjadi bahasa yang moden serta mampu menjadi

               asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat dengan berteraskan perpaduan
               nasional  (Hassan  Ahmad,  2002).  Nilai  BM  juga  perlu  dilihat  fungsinya  dalam  pelbagai

               kesantunan (Adenan Ayob, 2009). Dalam hal ini, nilai BM dapat berfungsi lebih aktif sebagai
               bahasa  kebangsaan  untuk  menjadi  pengukur  utama  kesantunan  budaya  komunikasi
               masyarakat  pelbagai  kaum  di  negara  ini.  Nilai  BM  memiliki  ciri  istimewa,  selain  terkenal

               dengan penampilan budaya ketimuran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan pelbagai kaum
               seperti  lemah  lembut,  beradab  dan  berbudi  bahasa.  Oleh  sebab  itu,  semua  kaum  perlu

               membudayakan perpaduan bangsa berteraskan kaum menerusi pembakuan bahasa yang
               dikatakan mempunyai nilai estetika dan kesantunan yang tinggi (Hassan Ahmad, 2002).
                       Fungsi  yang  termaktub  dalam  nilai  BM  sebagai  satu  bahasa  dan  juga  merupakan
               bahasa ilmu dan pengetahuan mampu terus menyemarakkan semangat perpaduan kaum di

               Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam arena kebahasaan. Dapatan kajian ini
               tentang kepentingan nilai BM sebagai satu bahasa dan bahasa ilmu dan pengetahuan untuk

               perpaduan semua kaum telah turut dibincangkan oleh Hassan Ahmad (2002). Nilai BM yang
               mencapai taraf sebagai satu bahasa dalam masyarakat majmuk, selain merupakan bahasa
               ilmu  dan  pengetahuan  perlu  mempunyai  dua  ciri  penting,  iaitu  keintelektualan  dan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                701
   717   718   719   720   721   722   723   724   725   726   727