Page 718 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 718

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                    PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN NEGARA
                                                        BANGSA

                       Dr. Rosnah@Nining Sidek¹, Bustam Daman² Mohd Saiful Bahri Bustam³

                 ¹Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran , ²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
                                Kota Kinabalu,& ³SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah
                     niningrosnah@gmail.com, bustamdaman@gmail.com, saifulbahry15@gmail.com.



                                                       ABSTRAK


               Bahasa merupakan teras dalam membentuk perpaduan bangsa. Kepentingan bahasa adalah

               sebagai wahana komunikasi antara manusia. Bahasa merupakan alat perantara bagi manusia
               menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan, atau isyarat. Bahasa
               Melayu (BM) melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati.  Malaysia yang

               terdiri dari berbilang bangsa perlu kepada satu bahasa untuk menyatukan ke semua bangsa
               tersebut. Maka, BM telah diambil menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa. Pelbagai usaha
               telah dilakukan bagi memantapkan lagi penguasaan BM di kalangan rakyat Malaysia. BM

               merupakan  bahasa  yang  sesuai  bagi  pembentukan  perpaduan  bangsa  sejajar  dengan
               Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Melalui Perkara 152 (1) Perlembagaan memberi

               pengiktirafan dan mengisytiharkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.
               Kajian ini merangkumi peranan BM dalam membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
               Hasil kajian membuktikan bahawa BM mampu membentuk perpaduan kaum dalam negara

               bangsa. Peranan BM jelas apabila BM mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan
               dan kebangsaan bagi rakyat Malaysia.


               Kata kunci: wahana, perpaduan dan perlembagaan


               PENDAHULUAN

               Bahasa merupakan teras atau kunci dalam membentuk perpaduan bangsa. Bahasa Melayu
               adalah bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa-bahasa etnik yang

               dituturkan  di  Nusantara seperti  Malaysia,  Indonesia,  Brunei,  Singapura, bahagian  Selatan
               Thailand  dan  Filipina  sehinggalah  ke  Pulau  Christmas  di  Australia.  Bagi  Malaysia  yang

               berbilang  bangsa,  satu  bahasa  perlu  untuk  menyatukan  ke  semua  bangsa  tersebut.
               Perpaduan dalam pengertiannya ialah penggabungan, perihal berpadu (bergabung menjadi
               satu, sepakat dll). Perpaduan membawa makna hubungan erat yang bersifat kerjasama dan

               mempunyai satu matlamat yang sama iaitu kemakmuran dan keharmonian. Ia merupakan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                697
   713   714   715   716   717   718   719   720   721   722   723