Page 720 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 720
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
komunikasi dalam pelbagai bidang (Sufean Hussin, 2002). Sebagai bahasa rasmi, nilai BM
menjadi salah satu unsur penjana bangsa berperanan sebagai wahana komunikasi rasmi
masyarakat dalam pelbagai urusan sehinggalah kesepaduan dikaitkan dengan konteks
perpaduan.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji nilai BM dalam perpaduan yang membabitkan
masyarakat Malaysia berbilang kaum. Manakala, objektif khusus pula adalah untuk:
1. Menganalisis kepentingan-kepentingan nilai BM dalam perpaduan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.
2. Mengenalpasti cara-cara untuk meningkatkan integriti asas budayaberteraskan nilai
BM bagi pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
Soalan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah kepentingan-kepentingan nilai BM dalam perpaduan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Nilai BM sebagai Penggerak Budaya Perpaduan.
2. Bagaimanakah integriti asas budaya berteraskan nilai bahasa Melayu bagi
pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dapat ditingkatkan?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini membincangkan peranan BM sebagai bahasa yang boleh menyatukan pelbagai
kaum dan dapat membuktikan bahasa itu mampu membentuk perpaduan. Kaedah kajian ini
adalah secara penyelidikan kualitatif melalui rujukan sekunder. Reka bentuk kualitatif
digunakan dalam untuk mengkaji nilai BM dalam perpaduan masyarakat Malaysia berbilang
kaum. Beberapa sumber rujukan bahan ilmiah seperti artikel, buku dan laporan dianalisis
secara analitikal untuk menjawab persoalan kajian. Kaedah kajian ini disesuaikan dengan
saranan Perakyla (2005). Nilai bahasa dikategorikan kepada kepentingan BM dalam
perpaduan dan integriti asas budaya. Rajah 1 menunjukkan pelaksanaan prosedur pelbagai
kaedah pengutipan data. Dan akan menyediakan peluang kepada proses triangulasi dan
pengukuhan analisis data bagi sesuatu kajian analisis kandungan (Miles & Huberman, 1994;
Merriam, 2001). Hakikatnya, nilai bahasa Melayu mempunyai hubungan yang nyata dengan
konsep perpaduan nasional. Justeru, kajian ini cuba mengkaji nilai bahasa Melayu dalam
perpaduan yang membabitkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 699

