Page 721 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 721

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


                                                                                    KEPENTINGAN
              KUTIPAN                DOKUMEN              ANALISIS                  BAHASA MELAYU

              DATA
                                                          DOKUMEN                   DALAM PERPADUAN
              SEKUNDER


                                          Rajah 1 . Proses Reka Bentuk Kajian


               DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

               1. Apakah kepentingan-kepentingan nilai BM dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum
               di negara ini?


               Kepentingan asas kajian ini adalah penampilan nilai BM sebagai bahasa kebangsaan. Kajian
               tentang  nilai  bahasa  banyak  terarah  kepada  aspek-aspek  yang  bukan  dalam  lingkungan

               kehidupan masyarakat, (Rosnani Hashim, 2004; Adenan Ayob, 2009). Kebanyakan kajian
               tidak  memberikan  ruang  kepada  kepentingan-kepentingan  yang  terdapat  dalam  nilai  BM

               untuk menggerakkan cara hidup yang berpegang kepada konsep perpaduan dalam kalangan
               masyarakat Malaysia berbilang kaum (Adenan Ayob, 2009). Manakala, Abdullah Sani Yahaya
               (2003) mengulas bahawa tidak terdapat kajian yang benar-benar memberikan pandangan

               tentang realiti dalam nilai BM yang boleh diungkap sebagai landasan untuk memupuk jalinan
               semangat perpaduan yang mantap.

                       Ini menunjukkan bahawa nilai BM telah berubah tarafnya  kepada bahasa kebangsaan
               Malaysia. Perubahan ini mempunyai kepentingan terhadap keharmonian hidup semua kaum
               untuk berkongsi satu bahasa, iaitu BM. Ia juga bermaksud bahawa nilai BM lebih berfokuskan

               perpaduan  dalam  mencapai  cita-cita  luhur  ke  arah  memajukan  taraf  kehidupan  yang
               menjamin kesejahteraan. Perubahan taraf ini melambangkan identiti Malaysia yang merentas
               segala sempadan dan kepentingan kaum. Ada tanggapan bahawa nilai BM tidak mempunyai

               kekuatan sebagai alat pembangunan negara, tetapi hanya sebagai lambang negara. Justeru,
               kepentingan kajian ini memungkinkan timbulnya anggapan positif bahawa nilai BM mampu
               menjana  kesinambungan  cemerlang  dalam  cetusan  proses  komunikasi  yang  luas  demi

               menggerakkan  dinamika  perpaduan  negara.  Nilai  BM  sebagai  bahasa  perpaduan  rakyat
               berbilang kaum tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara seluruhnya.

                       Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa BM di peringkat nasional dapat
               dimajukan  sebagai  alat  untuk  menyatupadukan  masyarakat  berbilang  kaum.  Kepentingan
               kajian ini membuka ruang kepada penerokaan matlamat yang lebih mudah dicapai kerana

               prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi berdasarkan nilai BM itu sendiri untuk
               memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara yang utuh dan untuk pembangunan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                700
   716   717   718   719   720   721   722   723   724   725   726