Page 723 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 723
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kesempurnaan nilai BM. Aspek keintelektualan dalam nilai BM mestilah mempunyai
keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran menerusi komunikasi perpaduan secara
berkesan serta tepat. Kesempurnaan nilai BM dalam aspek ilmiah pula harus mempunyai
sistem dan peraturan yang lengkap, iaitu sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dan keindahan dalam komunikasi yang boleh mencetuskan persefahaman.
Pencapaian taraf keintelektualan dalam nilai BM akan menjadi lebih nyata apabila digunakan
sebagai bahasa ilmiah dalam komunikasi demi menggerakkan perpaduan (Asep Ahmad
Hidayat, 2006).
Nilai BM bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu dan pengetahuan, malah
berupaya memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum
di Malaysia. Hasil kajian ini tentang nilai BM dalam ilmu dan pengetahuan turut dibuktikan
menerusi perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan
masyarakat. Nilai BM yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia digunakan
secara bersama dan meluas. Nilai BM bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa komunikasi
rasmi dan tidak rasmi dalam menjana perpaduan dalam kalangan masyarakat. Nilai BM yang
diaplikasikan dalam perpaduan telah menjangkau ke peringkat antarabangsa. Nilai BM terus
bertahan sebagai satu bahasa yang melambangkan jiwa bangsa (Adenan Ayob, 2009) untuk
menjamin keutuhan komunikasi dalam jalinan perpaduan. Jelas, dasar-dasar yang digubal
oleh para pemimpin negara telah berjaya melaksanakan semua kepentingan pembentukan
perpaduan menerusi bahasa. Sejarah bermula daripada penggubalan Penyata Razak 1956
tentang pendidikan bahasa. Langkah susulan adalah dengan mengambil kira perakuan-
perakuan dalam perkara yang sama dalam laporan-laporan berikutnya seperti Laporan
Barnes, Feng Wu dan Rahman Talib. Selain itu, dasar bahasa kebangsaan dan pendidikan
yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan bertujuan memantapkan BM sebagai wahana
perpaduan bangsa (Abdullah Sani Yahaya, 2003).
BM mempunyai nilai tambah yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-
bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua
franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau
ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di
peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Sebagai contoh, jikalau semua
papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam BM, pasti tiada siapa (kecuali penduduk
bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya.
Peranan BM dalam Pembentukan Perpaduan
BM melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Peranan BM jelas apabila
mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. BM digunakan dalam
komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 702

