Page 719 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 719

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               satu  proses  menyatupadukan  seluruh  masyarakat  bagi  membentuk  satu  identiti  dan
               memupuk  perasaan  kasih  dan  sayangkan  negara  bangsa.  Perpaduan  juga  menjadi  teras

               bangsa di Malaysia. Panel Penasihat Perpaduan Negara (1992) mendefinisikan perpaduan
               negara sebagai satu keadaan dimana rakyat daripada pelbagai golongan etnik, agama dan
               wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen

               penuh  kepada  identiti  kebangsaan  berlandaskan  kepada  Perlembagaan  Persekutuan  dan
               Rukun  Negara.  Budaya  akan  wujud  dengan  adanya  kelompok  bahasa  atau  kaum.

               Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang
               tinggi dalam sesuatu tamadun. BM berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa untuk
               kemajuan atau pembangunan negara.


               SOROTAN LITERATUR

               Di Malaysia konsep ‘bangsa Malaysia’ didefinisikan dalam Perlembagaan Negara 1957 yang

               menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menerangkan sifat dan ciri
               ‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah

               bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau
               bahasa  rasmi  negara.  Perlembagaan  Malaysia  telah  menetapkan  Bahasa  Melayu  (BM)
               sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar pendidikan (Noraien Mansor & Noor

               Rohana  Mansor,  2013).  Penggunaan  BM  menjadi  medium  penting  dalam  mewujudkan
               keharmonian dan mengukuhkan perpaduan masyarakat di Malaysia. Atas kepentingan inilah

               BM  dikodifikasikan  dalam  Perlembagaan  Malaysia  (Perkara  152)  sebagai  bahasa
               kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Penggunaan BM turut memberi implikasi terhadap
               dasar pendidikan negara.     BM  menjadi  bahasa  perantaraan  utama,  bahasa  undang-

               undang-undang, bahasa ilmu dan bahasa dalam hal-hal keagamaan. Sebagai bahasa ilmu,
               BM menjadi wasilah pengungkapan dan pengembangan ilmu yang cukup luas. Dalam bidang
               sastera,  BM  menjadi  bahasa  sastera  yang  meliputi  pelbagai  bentuk  prosa  dan  puisi.  Di

               samping itu, BM telah menjadi bahasa undang-undang bagi hampir setiap kesultanan Melayu;
               antaranya yang amat masyhur ialah Hukum Kanun Melaka. Di peringkat antarabangsa pula,
               BM  menjadi bahasa perhubungan diplomatik apabila digunakan dalam warkah dan perutusan

               serta perjanjian dengan kuasa-kuasa dan pihak-pihak asing (Awang Sariyan, 2013).
                       Dalam aspek bahasa dan budaya, nilai BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

               rasmi seperti yang tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas
               penting  kenegaraan  dan  kebangsaan.  Sebagai  bahasa  kebangsaan,  nilai  BM  menjadi
               lambang  yang  signifikan  bagi  kewujudan  entiti  budaya  yang  dikenal  sebagai  kebudayaan

               Malaysia (Adenan Ayob, 2009). Nilai BM menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang terdiri
               daripada  pelbagai  keturunan  dan  menjadi  penggerak  perpaduan  bangsa  menerusi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                698
   714   715   716   717   718   719   720   721   722   723   724