Page 67 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 67

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR
                            SEMESTER AKHIR, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
                                                           KUANTAN


                                       Raja Mahani Raja Sulaiman, Anis Mohamad Nor

                                      (rajamahani@polisas.edu.my, anismn@polisas.edu.my)



                                                            Abstrak



                        Kemahiran Generik (KG) merupakan kemahiran yang penting untuk diterapkan dalam
                        diri pelajar bagi menghadapi persaingan alam perkerjaan berikutan masalah lambakan
                        graduan yang semakin ramai mengganggur. Justeru para graduan perlu mempunyai
                        persiapan dalam melengkapkan diri terutamanya kemahiran generik bagi mempunyai
                        daya  saing  yang  tinggi.  Objektif  kajian  dilaksanakan  adalah  bertujuan  untuk  (i)
                        mengenal pasti asas kefahaman pelajar, (ii) elemen - elemen KG yang diaplikasi oleh
                        pelajar semester akhir sesi Jun 2019, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS),
                        Kuantan.  Kajian  yang  dijalankan  adalah  berbentuk  deskriptif  tinjauan  dengan
                        menggunakan instrumen soal selidik. Subjek kajian melibatkan 100 orang responden.
                        Data di analisis menggunakan SPSS. Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah berjaya
                        mengenalpasti bahawa pelajar memahami asas dan kepentingan KG  serta berjaya
                        mengenalpasti elemen-elemen kemahiran yang telah dipraktik oleh pelajar semester
                        akhir,  POLISAS.  Penyelidik  mencadangkan  semua  pensyarah  perlu  menerapkan
                        kepentingan KG kepada para pelajar mereka semasa melaksanakan proses pengajaran
                        dan pembelajaran (P&P). Selain itu, para pelajar perlu diberi kursus-kursus berkaitan
                        KG bagi tujuan mempertingkatkan kemahiran sedia ada. Silibus kursus kemahiran
                        generik  atau  “soft  skill”  perlu  ditawarkan  semula  di  semua  politeknik  dan  diberi
                        penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi membolehkan bakal graduan politeknik
                        mempersiapkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.



                        Kata  kunci:    Kemahiran  Generik,  Pelajar  Semester  Akhir,  Pengajaran  dan
                        pembelajaran









                                                                                                       65
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72