Page 68 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 68

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                             PEMBACAAN ZIKIR TERHADAP TINDAK BALAS YIS KE ATAS
                                                 PENGHASILAN DOH ROTI


                                                  Sharifah Norakhil Syed Loed

                                                  (shakhilnadirah@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Kajian ini bertujuan untuk mengukur dan mengenalpasti tindak balas pembacaan zikir
                        terhadap  keupayaan  yis  roti  Saccharomyces  cerevisiae  untuk  menaikkan  doh  roti.
                        Dalam kajian ini zikir Hizb Bahr dan Selawat Nariah menjadi pilihan penyelidik untuk
                        melihat tindak balas yis ke atas penghasilan doh roti. Doh roti yang dihasilkan diperam
                        selama 30 minit dan didengarkan gelombang zikir dan suara yang berbeza iaitu sampel
                        A1  merupakan  sampel  kawalan  dimana tiada  bunyi  didengarkan,  sampel  A2,  doh
                        didengarkan  dengan  zikir  Hizb  Bahr,  sampel  A3,  doh  didengarkan  dengan  zikir
                        Selawat  Nariah,  sampel  A4,  doh  diberikan  kata-kata  positif  dan  sampel  A5,  doh
                        didengarkan dengan kata-kata marah. Semua doh roti yang dihasilkan akan dibakar,
                        diuji  penentuan  isipadu  spesifik  roti  dan  penentuan  kelembapan  roti.  Hasil  kajian
                        mendapati  semua  doh  roti  yang  didengarkan  dengan  gelombang  bunyi  pelbagai
                        keadaan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) terhadap roti kawalan
                        kecuali doh roti yang didengarkan dengan kata-kata negatif. Isipadu tertentu doh roti
                        yang didengarkan dengan kata-kata positif adalah tertinggi berbanding sampel yang
                        lain. Manakala doh roti yang didengarkan dengan alunan Selawat Nariah dan zikir
                        Hizb Bahr dapat menghasilkan roti yang berliang udara kecil dan halus serta konsisten
                        berbanding  doh  roti  yang  lain.  Secara  keseluruhannya,  doh  roti  yang  didengarkan
                        dengan alunan Selawat Nariah dan zikir Hizb Bahr memberikan ciri-ciri fizikal yang
                        lebih baik berbanding doh roti yang lain.

                        Kata kunci: Zikir, roti, yis













                                                                                                       66
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73