Page 69 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 69
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
“DRAW BRIDGE TRIGO” BERKAITAN PEMBINAAN JAMBATAN
ANGKAT DI TERENGGANU
Bishanani Omar
(bishananisesma2019@gmail.com)
Abstrak
Kajian ini merupakan satu projek bahan bantu mengajar “Draw Bridge Trigo” di Ipad
bagi topik Trigonometri matapelajaran Matematik Tingkatan 3. “Draw Bridge Trigo”
yang direkacipta penyelidik digunakan untuk membantu pelajar mengukuhkan dan
meningkatkan kefahaman terhadap konsep Trigonometri. “Draw Bridge Trigo”
merupakan alat bahan bantu mengajar. Objektif utama kajian ini adalah untuk
membangunkan dan menilai keberkesanaan “Draw Bridge Trigo” bagi meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap konsep trigonometri dan menyelesaikan masalah
melibatkan sinus, kosinus dan tangen. Kajian keberkesanan “Draw Bridge Trigo”
dilakukan di sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus. Seramai dua puluh lima orang
pelajar tingkatan tiga dipilih untuk menjalani ujian Pra dan pos. Ujian pos dijalankan
setelah pengajaran menggunakan “Draw Bridge Trigo”sebagai bahan bantu mengajar.
Data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Sosial Sciences (SPSS) ver 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “Draw Bridge
Trigo”yang dicipta penyelidik berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
Dalam kajian ini juga, penyelidik mengemukakan cadangan bagi membaiki dan
memantapkan mutu rekacipta dan penyelidikan pada masa akan datang.
Keywords: Trigonometri, Teorem Pythagoras, Jambatan angkat, Matematik dan
bahan bantu mengajar.
67

