Page 70 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 70

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                              AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DAN
                               HUBUNGANNYA DENGAN KESEDIAAN GURU TERHADAP
                                               PEMBELAJARAN ABAD KE-21


                                        Patricia Tan Pei San, Jamallulail Abdul Wahab

                                                     (ptps1220@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Amalan  kepimpinan  intrsuksional  guru  besar  yang  berkesan  dapat  meningkatkan
                        tahap  kesediaan  guru  terhadap  pembelajaran  abad  ke-21.  Tahap  kesediaan  guru
                        terhadap  Pembelajaran  Abad  Ke-21  amat  dirisaukan  sedangkan  pelbagai  kursus,
                        bengkel dan latihan dalam perkhidmatan sudah dianjurkan. Kajian ini bertujuan untuk
                        mengenalpasti amalan kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan
                        tahap  kesediaan  guru  terhadap  Pembelajaran  Abad  Ke-21  di  Sekolah  Jenis
                        Kebangsaan (Cina) di daerah Cheras Utama. Dapatan kajian ini maklumat tentang
                        keadaan sebenar berlaku di SJK(C) di daerah Cheras Utama terhadap Pembelajaran
                        Abad Ke-21 dibekalkan. Kajian ini dapat mengkaji amalan kepimpinan instruksional
                        guru besar dan kesediaan guru terhadap Pembelajaran Abad Ke-21. Kajian dijalankan
                        menggunakan  kaedah  kuantitatif  berbentuk  kajian  tinjauan  dengan  menggunakan
                        instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada sejumlah 150 orang guru
                        akademik  biasa  yang  sedang  berkhidmat  di  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  (Cina)  di
                        daerah Cheras Utama. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang
                        signifikan pada amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan tahap kesediaan
                        guru terhadap pembelajaran abad ke-21. Dapatan kajian ini memberikan maklumat
                        kepada pihak sekolah mengenai amalan kepimpinan guru besar terhadap pembelajaran
                        abad  ke-21.  Selain  itu,  dapatan  kajian  ini  juga  membekalkan maklumat  mengenai
                        tahap kesediaan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Cheras
                        Utama.   Kesimpulannya,  amalan  kepimpinan  guru  besar  yang  bersesuaian  adalah
                        sangat  penting  bagi  meningkatkan  tahap  kesediaan  guru  ke  arah  menjayakan
                        pembelajaran abad ke-21.

                        Kata kunci:   Amalan Kepimpinan, Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar,
                        Kesediaan Guru, Pembelajaran Abad ke-21








                                                                                                       68
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75