Page 72 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 72
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PERSEPSI TERHADAP KEWARGANEGARAAN GLOBAL DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Nurul Zakiah Muhamad Azliza, Kamisah Osman
(nurulzakiahazliza@gmail.com, kamisah@ukm.edu.my)
Abstrak
Kewarganegaraan global merupakan salah satu konsep yang bersifat holistik di mana
penekanan bukan hanya diberikan terhadap isu politik serta sosial semata-mata, tetapi
merupakan satu konsep berkaitan kebergantungan budaya serta kesinambungannya.
Meskipun begitu, konsep ini sering disalah erti sebagai satu konsep yang menyokong
idealisme Barat dalam membentuk penjajahan baru dan moden yang berselindung di
sebalik idea mewujudkan keharmonian global. Kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk meninjau persepsi pelajar sekolah menengah terhadap konsep kewarganegaraan
global berdasarkan faktor pakej pengajian. Tanggungjawab sosial, kompetensi global
serta penglibatan sivik global merupakan tiga elemen yang ditekankan dalam kajian
ini, di mana ketiga-tiga elemen tersebut dipercayai mampu mempengaruhi persepsi
pelajar. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 214 orang pelajar sekolah
menengah milik kerajaan. Responden terdiri daripada pelajar yang mengambil pakej
STEM dan pakej bukan STEM, pemilihan responden adalah menerusi pensampelan
rawak mudah. Kajian yang dilaksanakan menggunakan pendekatan penyelidikan
kuantitatif, di mana reka bentuk tinjauan telah digunakan. Interpretasi skor
menunjukkan skor min persepsi pelajar berdasarkan pakej pengajian berada pada
tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara pakej pengajian terhadap
persepsi pelajar. Kajian yang dilaksanakan diharap mampu membuka mata semua
pihak akan kewajaran pelaksanaan subjek kewarganegaraan global di sekolah.
Kata kunci: Persepsi, pelajar sekolah menengah, aliran pengajian,
kewarganegaraanglobal
70

