Page 71 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 71

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            MAKLUMBALAS PELAJAR DIPLOMA WORK-BASED LEARNING
                                                KOLEJ KOMUNITI AMPANG


                                          Siti Rafidah Abdul Saref, Nur Ilyani Zahare

                                    (siti.rafidah@kkampang.edu.my, ilyani@kkampang.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Kajian  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  mendapatkan  maklumbalas  pelajar  diploma
                        Work-Based Learning Kolej Komuniti Ampang terhadap program latihan Work-Based
                        Learning yang di laksanakan di industri  pada semester 5 dan 6 secara block release.
                        Latihan Work Based Learning memberi pelajar peluang pembelajaran di industri untuk
                        menerima  pengalaman  lebih  praktikal  supaya  dapat  mempertingkatkan
                        kebolehpasaran.  Asas  kajian  yang  dijalankan  adalah  untuk  membuat  tinjauan
                        maklumbalas terhadap pelajar yang menjalani latihan Work Based Learning dari aspek
                        tahap  kesesuaian  kemahiran  dan  pengetahuan  pelajar,  persepsi  pelajar  terhadap
                        organisasi  latihan  dan  kesesuaian  persekitaran  tempat  latihan.  Responden  kajian
                        adalah seramai 40 orang pelajar yang sedang menjalani Work-Based Learning pada
                        sesi Jun 2019. Dapatan kajian ini menunjukkan semua item maklumbalas mempunyai
                        nilai skor min yang tinggi iaitu 4.26.  Secara keseluruhan, didapati kajian maklumbalas
                        pelajar diploma terhadap latihan Wok Based Learning yang di laksanakan di Kolej
                        Komuniti Ampang mempunyai beberapa perkara yang perlu di tambah baik dari segi
                        pengurusan Work Based Learning dan perlaksanaannya. Ini kerana terdapat beberapa
                        soalan  yang  mendapat  skor  min  sederhana  terutama  dari  segi  persepsi  pelajar
                        mengenai penyediaan latihan Work Based Learning mengikut kesesuaian silibus dan
                        bidang kursus pelajar serta waktu dan tempoh kerja.

                        Kata kunci: Maklumbalas, pelajar, latihan dan Work-Based Learning














                                                                                                       69
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76