Page 75 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 75

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            PENILAIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-
                                 KANAK BAGI TASKI YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN


                              Nur Jannah Keman, Aida Ibrahim, Jamalullail boin Abdul Wahab,
                                                       Norasmah Othman

                                                 (afinasyafiqah@yahoo.com.my)


                                                            Abstrak

                        Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) merupakan program yang
                        sangat  penting  kepada  guru-guru  tadika  bagi  meningkatkan  kualiti  guru.  Program
                        Diploma PAKK telah diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Namun
                        begitu, hanya sebahagian kecil guru yang memiliki sijil tersebut. Oleh yang demikian,
                        tujuan kajian ini adalah untuk menilai Program Diploma PAKK bagi Taman Asuhan
                        Kanak-kanak  Islam  (TASKI)  di  Kolej  Dar  Al-Hikmah  (KDH)  dengan  kerjasama
                        Yayasan  Takmir  Pendidikan  (YTP),  menggunakan  Model  CIPP.  Penilaian  input
                        berfokus kepada kandungan modul, kepakaran pensyarah dan kemudahan. Penilaian
                        proses berfokus kepada kuliah/tutorial dan praktikum. Penilaian produk pula melihat
                        kepada aspek guru iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini menggunakan
                        reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik secara
                        atas  talian.  Sampel  kajian terdiri  daripada  38  orang  guru  TASKI  YTP  yang  telah
                        mengikuti  Program  Diploma  PAKK.  Analisis  deskriptif  telah  digunakan  untuk
                        menjawab persoalan kajian dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan
                        kajian menunjukkan tahap dimensi input bagi pelaksanaan Program Diploma PAKK
                        adalah tinggi (min=3.59), tahap dimensi proses juga tinggi (min=4.05) manakala tahap
                        dimensi produk adalah sangat tinggi (min=4.33). Dapatan kajian memberi implikasi
                        kepada KDH, YTP, pengusaha dan guru TASKI. Promosi perlu dipergiat agar lebih
                        ramai guru TASKI memiliki Diploma PAKK sebagai pra syarat pentauliahan guru
                        terlatih. Secara keseluruhannya,  Program Diploma PAKK harus diteruskan namun
                        perlu dibuat penambahbaikan dari aspek kandungan modul dan kemudahan (input),
                        praktikum  (proses)  dan  pengetahuan  guru  (produk)  agar  program  ini  bertambah
                        mantap dan berdaya saing tinggi pada masa akan datang.

                        Kata kunci: penilaian program, Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak,
                        Model CIPP, TASKI,  Yayasan Takmir







                                                                                                       73
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80