Page 74 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 74

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                                APLIKASI GOOGLE MEET DALAM PROGRAM 3C BAGI
                                 MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 5


                                                        Shafinah Mamat

                                                   (inaubksabda@yahoo.com)


                                                            Abstrak

                        Program 3C adalah Program CAKNA-CARA-CAMEK yang dijalankan ke atas 64
                        orang  calon  SPM  tahun  2020  yang  mempunyai  Gred  G  dan  ke  bawah  dalam
                        peperiksaan pertengahan tahun. Program 3C telah dilaksanakan menerusi alam maya
                        melalui  google  meet  dan  secara  bersua  muka.  Program  3C  (CAKNA-CARA-
                        CAMEK)  mengutamakan  sentuhan  suntikan  motivasi  (motivasi  intrinsik)  kepada
                        pelajar. Alternatif telah diperkenalkan iaitu pelajar telah diberi ruang dan peluang
                        untuk merancang dan menjalankan pembelajaran di bawah bimbingan dan dorongan
                        guru bagi mengasah kemahiran pembelajaran dalam diri pelajar. CAKNA-CARA-
                        CAMEK adalah dorongan serta bimbingan  yang ditunjukkan oleh Tuan Pengetua,
                        guru-guru  subjek  di  bawah  Pasukan  Projek  Kecemerlangan  SPM  2020  dan  Guru
                        Bimbingan & Kaunseling khusus kepada pelajar yang mempunyai kuputusan Gred G
                        dan ke bawah dalam setiap mata pelajaran. Program ini dijalankan secara bukan formal
                        di dalam kawasan sekolah, waktu persekolahan dan turut dijalankan di luar kawasan
                        sekolah  dan  di  luar  waktu  persekolahan.   Pelaksanaan  Program  ini  secara
                        keseluruhannya telah mampu menarik minat pelajar yang mendapat kuputusan Gred
                        G  dan  ke  bawah  bermotivasi  tinggi  bagi  menaikkan  pencapaian  keputusan  Sijil
                        Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud dari aspek kualiti dan
                        kuantiti pada tahun 2020.

                        Kata kunci: Motivasi,Pelajar,Google Meet,Program 3C














                                                                                                       72
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79