Page 82 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 82
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN WATTMETER TRAINER
SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS DEE1001 -
MEASUREMENT AND DEVICES
Huzairi Mohamed, Nor Azuana Taib, Sofwan Ramli
(huzairi@polimas.edu.my, Sofwan@polimas.edu.my,
azuanataib@gmail.com)
Abstrak
Pembangunan projek inovasi Wattmeter Trainer ini adalah sebagai salah satu
Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Wattmeter Trainer ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan menjalankan
ujikaji amali berkaitan pengukuran kuasa dalam tajuk Meter Kuasa bagi Kursus
DEE10013 – Measurement and Devices. Penghasilan Wattmeter Trainer ini juga
adalah untuk memastikan pelajar memahami secara teori dan amali penggunaan kuasa
dan tenaga pada sistem elektrik domestik satu fasa yang sebenar. Melalui Wattmeter
Trainer para pelajar dedahkan dengan sumber beban yang sebenar seperti kipas,
lampu dan pelbagai peralatan elektrik yang dikawal oleh bekalan arus AU satu fasa
240V. Hasil daripada kajian yang dilakukan didapati Wattmeter trainer ini sangat
mudah untuk digunakan oleh pelajar dan ianya jugak mempunyai ciri-ciri keselamatan
yang tinggi. Dari segi kesesuaian penggunaan alat ABBM ini, didapati ianya
sangat relevan digunakan untuk memenuhi keperluan Course Learning Outcome,
(CLO) di dalam kandungan kurikulum Jabatan Kejuruteraan Elektrik versi JUN 2019
silibus DEE10013 – Measurement and Devices. Kesimpulannya, Wattmeter Trainer
yang dibangunkan ini sangat berkesan untuk digunakan sebagai Alat Bahan
Bantu mengajar (ABBM) untuk memudahkan serta melancarkan proses pengajaran
dan pebelajaran (PdP) serta dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan silibus
di bagi kursus DEE10013 - Measurement and Devices di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Wattmeter Trainer
80

