Page 83 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 83

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                         KEMAHIRAN ABAD KE-21 YANG DIPERLUKAN OLEH GURU DALAM
                                                  PENDIDIKAN ABAD KE-21


                                     Ashlynzia Bantial, Radin Siti Aishah Radin A Rahman

                                        (ashlynziabantial@gmail.com, radin@ukm.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Kajian yang dijalankan bertujuan mengkaji kemahiran abad ke-21 yang diperlukan
                        oleh seorang guru dalam pendidikan abad ke-21. Kajian ini berdasarkan sepuluh jurnal
                        yang berkaitan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan oleh guru dalam pendidikan
                        abad ke-21 serta menggunakan kaedah ulasan perpustakaan. Hasil kajian mendapati
                        terdapat empat kemahiran guru yang diperlukan dalam pendidikan abad ke 21 iaitu
                        kemahiran pedagogi, kemahiran insaniah, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), dan
                        kemahiran  Teknologi  dan  Maklumat  (ICT).  Kesimpulan  dapatan  kajian  ialah
                        kemahiran Teknologi dan Maklumat (ICT) merupakan kemahiran yang paling penting
                        dan diperlukan bagi seorang guru dalam pendidikan abad ke-21. Secara keseluruhan,
                        kertas konsep ini dihasilkan agar dapat membantu pihak guru dalam meningkatkan
                        lagi kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam diri mereka agar dapat mencapai
                        hasrat pelaksanaan pendidikan abad ke-21 serta membantu masyarakat meningkatkan
                        kemahiran dalam pelbagai bidang.

                        Kata kunci: Pendidikan abad ke-21, kemahiran abad ke-21, kemahiran pedagogi,
                        kemahiran  insaniah,  kemahiran  berfikir  aras  tinggi,  kemahiran  Teknologi  dan
                        Maklumat (ICT)

















                                                                                                       81
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88