Page 214 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 214

Pembungkusan dan Penyimpanan

           Jem dibungkus dalam botol kaca semasa panas iaitu pada suhu 85 – 100°C. Botol kaca ditutup segera untuk
           menghasilkan keadaan separa hampagas dan mengelak pencemaran selepas proses. Penutup botol jem
           kedap udara yang belum dibuka boleh disimpan melebihi satu tahun pada suhu bilik. Warna jem akan
           bertukar menjadi semakin gelap sekiranya disimpan lama.




















                  1   Tuang jem  ke dalam botol yang              2   Buang buih dan tutup

                      telah disteril.
                                                                      dengan segera.






















                 3    Label dan lekatkan cap seal pada            4   Biarkan jem sejuk dan set pada

                      botol sebelum dipasarkan.
                                                                      suhu bilik.









                                                 Aktiviti


                                               Murid dan guru menonton tayangan video pemprosesan jem
                                               nanas. Guru dan murid melakukan aktiviti sumbang saran
                                               selepas tayangan video.
           Sila imbas AR untuk menonton video
           pemprosesan jem nanas.









             208
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219