Page 268 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 268

Contoh Penyelesaian Masalah

           Berdasarkan faktor-faktor tersebut, beberapa masalah yang timbul dalam produk pemprosesan makanan
           sedia ada telah dikenal pasti.

           Masalah
           Masalah yang diutarakan oleh pelanggan ialah harga donat Syarikat Indah terlalu mahal iaitu sebiji donat
           dijual dengan harga RM2.50. Perkara ini menyebabkan pelanggan berasa tidak berpuas hati dengan tawaran
           yang diberikan.


           Penyelesaian Masalah
           Secara teorinya Syarikat Indah perlu menurunkan harga donat untuk memenuhi permintaan pelanggan
           dengan mengambil kira faktor yang berikut:
           1.  Penurunan harga tidak membawa kepada kerugian.
           2.  Penurunan harga boleh menarik lebih ramai pelanggan.
           3.  Keunikan produk yang diketengahkan berbanding dengan syarikat lain.


                    Penyelesaian dari syarikat lain                  Penyelesaian Syarikat Indah

              Harga asal:                                    Harga asal:
              RM2.50 ✕ 1 biji donat = RM2.50                 RM2.50 ✕ 2 biji donat = RM5.00

              RM2.50 ✕ 6 biji donat = RM15.00                RM2.50 ✕ 6 biji donat = RM15.00
              RM2.50 ✕ 12 biji donat = RM30.00               RM2.50 ✕ 12 biji donat = RM30.00
              Harga promosi:                                 Harga promosi:

              2 biji donat = RM5.00                          1 biji donat Doubletrouble = RM4.50
              6 biji donat = RM14.50                         3 biji donat Doubletrouble = RM13.00

              12 biji donat = RM 27.00                       6 biji donat Doubletrouble = RM25.50


                                       Nota: Harga satu (1) biji donat Doubletrouble hampir sama dengan dua (2) biji donat biasa.


              Sebelum membuat sesuatu rekaan makanan, lakaran reka bentuk perlu dilakukan terlebih dahulu.
           Lakaran reka bentuk dihasilkan berdasarkan permintaan pelanggan, penyelesaian masalah kepada reka
           bentuk asal atau penambahbaikan daripada reka bentuk sedia ada.

                                                                         •   Donat dua perasa pada harga 1½ kali
                                                                            ganda (perasa coklat dan lemon).
                                                                         •   Elemen warna kuning dan coklat.
                                                                         •   Elemen garisan coklat putih sebagai
                                                                            hiasan.
                                                                         •   Coklat dicampur kacang untuk
                                                                            memberi tekstur yang rangup.













                 Rajah 5.4 Contoh reka bentuk makanan donat Doubletrouble

             262
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273