Page 271 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 271
4 Perancangan pengurusan projek
• Perancangan pengurusan projek merangkumi:
- Skop projek yang berkaitan skala pengeluaran produk sama ada kecil, sederhana
atau besar (mass production).
- Kos pengeluaran melibatkan bahan mentah, alatan, upah dan overhed
- Masa
- Rancangan jadual kerja
- Pembentukan kumpulan kerja
• Pengurus projek akan membuat satu kertas kerja yang mengandungi maklumat projek
supaya perancangan perbelanjaan dapat diteliti untuk diberikan kelulusan.
5 Analisis kajian Kod QR
• Analisis kajian mengandungi dua perkara asas iaitu:
- Kajian reka bentuk produk
Membandingkan produk baharu dengan produk
sedia ada di pasaran dari segi bentuk, fungsi, ciri-ciri
fizikal dan moden.
- Kajian pasaran
Mengkaji kehendak pelanggan dan persaingan Sila layari laman sesawang
dengan produk sedia ada di pasaran. Kaedah yang http://arasmega.com/qr-link/
boleh digunakan dengan mengedarkan borang soal borang-projek-brief/
selidik, penilaian deria dan pemerhatian. untuk mendapatkan contoh
borang Projek Brief.
(Dicapai pada 5 Februari 2020)
Lakaran idea
6 • Hasil daripada perbincangan tiga penjuru dan empat Info
ciri reka bentuk dan inovasi produk pemprosesan
makanan yang telah dibincangkan, pereka bentuk
akan membuat lakaran idea.
• Lakaran idea dalam bentuk visual yang menarik dan
memenuhi kehendak pelanggan.
• Jika terdapat perubahan, pengurus projek akan Penanda aras merupakan proses
membandingkan proses dan
membuat pertimbangan, memberikan cadangan dan metrik sendiri dengan industri
perincian semula. terbaik dan amalan baik industri
yang lain.
Model atau prototaip
7 • Setelah mendapat persetujuan tiga penjuru, model
atau prototaip akan dihasilkan.
• Model atau prototaip akan dibina daripada bahan-bahan
yang mudah didapati.
• Model atau prototaip boleh dihasilkan daripada
bentuk yang tidak berfungsi sepenuhnya atau separa
berfungsi.
• Skala model atau prototaip juga boleh dikecilkan.
265

