Page 134 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 134
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
• Bahan utama dalam pemprosesan pizza.
Tepung berprotein tinggi • Membentuk tekstur pizza yang lebih ringan, berongga dan berudara.
• Menyerap lebihan air.
• Memberi rasa lemak kepada doh pizza.
Lemak sayuran • Menambah ikatan struktur dalaman doh pizza.
• Melembut dan melicinkan gluten dalam tepung.
• Bahan penaik atau pemangkin yang menghuraikan gula kepada gas
Yis segera karbon dioksida.
• Menjadikan pizza berongga, lembut dan gebu.
• Sebagai pengawet.
Garam • Menyumbang kepada rasa doh pizza.
• Mengawal proses fermentasi.
• Membekalkan sumber makanan kepada yis.
Gula
• Memberi rasa manis.
Air • Melarutkan bahan adunan.
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk Mengisi bahan mentah.
Sudu Alat untuk menyukat dan mengacau.
Garpu Mencucuk doh pizza.
Pisau Memotong bahan topping.
Pengayak Mengayak campuran tepung dan garam.
Penorak Mencanai doh pizza.
Jag penyukat Menyukat bahan cecair.
Berus pastri Menyapu minyak pada pan pizza.
Pisau pemotong pizza Memotong pizza kepada beberapa bahagian.
Pan pizza Membentuk dan membakar pizza.
Scrapper Memotong doh.
Pemarut Memarut keju.
Penimbang digital Menimbang bahan mentah.
Mesin pengadun (Mixer) Mengadun bahan kering dan basah untuk mengadun doh pizza.
Kain maslin Menutup doh semasa merehatkannya.
Proofer Memerap dan mempercepatkan proses pengembangan doh pizza.
Ketuhar Membakar pizza.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkusan Fungsi
Kotak kertas Membungkus pizza yang telah siap.
128

