Page 131 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 131
Jawab soalan yang berikut.
1. Tandakan ( ✓) pada bahan mentah yang digunakan dalam pemprosesan muffin.
(a) Tepung gandum (e) Mentega
(b) Tepung beras (f) Gula pasir
(c) Tepung jagung (g) Gula kastor
(d) Telur (h) Susu pekat manis
2. Berikan dua tujuan mengayak tepung.
3.
Mangkuk, jag, penimbang digital, pengayak, cawan kertas (paper cup),
petitin, ketuhar, mesin pengadun (mixer)
Berikut merupakan alatan yang digunakan semasa pemprosesan muffin. Pilih tiga jenis alatan dan
berikan kegunaanya.
Bil. Alatan Kegunaan
1.
2.
3.
4. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Tepung berprotein
Mentega Telur Serbuk penaik Susu segar
tinggi
Bil. Bahan Mentah Fungsi
1. Membentuk tekstur muffin yang lebih ringan, berongga dan berudara.
2. Memberi rasa lemak berkrim dan menambah nutrien muffin.
3. Melembapkan muffin, memberi warna kuning dan menambah nilai pemakanan.
4. Menaikkan bater semasa dibakar dengan membebaskan karbon dioksida.
5. Melembutkan muffin, memberi bau harum dan membantu pembentukan crust.
5. Anda telah membuka sebuah kilang yang menjual produk muffin. KBAT
(a) Cadangkan dua cara promosi yang dapat digunakan bagi memperkenalkan kilang dan produk
muffin keluaran syarikat anda selain daripada penggunaan media cetak.
(b) Lakar dan warnakan papan iklan yang menarik yang mengandungi maklumat seperti:
(i) Nama produk
(ii) Gambar produk
(iii) Logo syarikat
(iv) Nama, alamat, dan nombor telefon syarikat
(v) Maklumat lain yang perlu
125

