Page 132 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 132

3.4   MEMPROSES PIZZA


           Pengenalan

           Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Makanan ini bukan sahaja popular
           di Itali dan Amerika Syarikat  tetapi makanan ini sudah mula terkenal di Malaysia. Terdapat banyak restoran
           pizza yang berkembang di Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, La Bella Pizza dan lain-
           lain lagi. Pizza dikategorikan sebagai hidangan sepinggan lengkap kerana mengandungi segala nutrien
           yang diperlukan oleh badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam  mineral.
              Pizza berbentuk bulat, dibakar dan dihidangkan dengan  sos tomato dan taburan keju  mozzarella.
           Bahagian rotinya diperbuat daripada campuran tepung berprotein tinggi, yis segera, gula, garam dan
           air. Bahagian atasnya dihiasi dengan topping yang boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri seperti
           hirisan isi ayam, daging, udang, sosej, oregano dan sebagainya.  Gabungan oregano dan keju mozzarella
           akan mengeluarkan aroma yang sangat wangi apabila dibakar melengkapkan lagi hidangan makanan
           segera ini.
              Pizza disediakan secara sedia dimakan atau sejuk beku. Pizza sedia dimakan dibungkus di dalam kertas
           atau kotak. Penggunaan bahan pembungkus ini adalah untuk membolehkan minyak yang terdapat pada
           pizza dapat diserap. Bagi pizza sejuk beku pula akan dibungkus di dalam plastik untuk mengekalkan kualiti
           dan kesegarannya.





























































             126
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137