Page 140 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 140

3.5   MEMPROSES COKLAT SALUTAN


           Pengenalan

           Coklat salutan digunakan sebagai kemasan terakhir dalam pembuatan
           dessert  atau biskut seperti Kit kat, Lexus, Zip dan sebagainya.  Coklat   Info
           gelap (dark chocolate) merupakan coklat yang berwarna hitam antara
           coklat yang terbaik kerana belum dicampur zat tambahan lain. Sekeping   Amalan memakan coklat
           coklat pahit mengandungi 70% hingga 85% koko, 11 gram serat, 67%     dengan kuantiti yang betul
           zat besi, 58% magnesium, 98% mangan, kalium dan fosforus. Coklat     dapat merembeskan hormon
           gelap mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan.        endorfin ke dalam otak yang
           Coklat gelap kaya dengan antioksidan seperti polifenol, flayanol dan   merangsang emosi gembira,
           catechin. Khasiat ini baik untuk kesihatan bagi melindungi sel tubuh   sekali gus mengatasi masalah
           daripada radikal bebas. Kebiasaannya, coklat  compound digunakan     kemurungan secara semula jadi.
           dalam pemprosesan coklat salutan ini kerana mudah dikendalikan.




                                 Jadual 3.1  Perbezaan coklat gelap, coklat susu dan coklat putih

                                    Perbezaan Coklat Gelap, Coklat Susu dan  Coklat Putih

                      Coklat gelap                    Coklat susu                    Coklat putih
             Massa koko, lemak koko, gula,   Bagi menghasilkan coklat susu,   Bagi menghasilkan coklat putih pula,
             lecithin dan vanillin akan     susu tepung akan dicampurkan   hanya lemak koko, susu tepung, gula,
             dicampurkan, dihaluskan dan    dengan massa koko, lemak koko,   lecithin dan vanilin sahaja yang
             disebatikan untuk menghasilkan   gula, lecithin dan vanillin.  dicampurkan, tiada massa koko yang
             coklat gelap.                                                 berwarna coklat digunakan.
















































             134
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145