Page 31 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 31

Atau
                  Jika situasi memerlukan pekerja dimasukkan ke hospital (atau pekerja dianggap cukup sakit ke
                  hospital), seperti yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan,
                  cuti sakit berbayar secara agregat ialah 60 hari. Jumlah cuti agregat (dimasukkan ke hospital dan
                  tidak dimasukkan) ialah 60 hari. Pekerja itu perlu mendapatkan sijil daripada pengamal perubatan
                  berdaftar atau pegawai perubatan (yang diperlukan) dan memberitahu majikannya tentang
                  kebenaran itu dalam tempoh 48 jam. Jika tidak, pekerja akan dianggap tidak berada di tempat
                  kerja tanpa kebenaran majikan dan tanpa alasan yang munasabah.




            8.    Rawatan perubatan percuma
                  Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) ialah perundangan berkaitan rawatan perubatan
                  secara percuma terutamanya berkenaan faedah perubatan kepada pekerja-pekerja yang
                  memerlukan rawatan.
                      Pekerja yang diinsuranskan berhak mendapat faedah perubatan apabila sakit atau berlaku
                  bencana di tempat kerja. Faedah perubatan itu boleh diberikan sama ada rawatan sebagai pesakit
                  luar di sesebuah hospital, dispensari atau klinik atau sebagai pesakit yang dihospitalisasikan.



            9.    Penamatan Kerja

                  •  Penamatan kerja boleh dilakukan dalam dua keadaan. Majikan atau pekerja boleh menamatkan
                             perkhidmatan secara bertulis seperti berikut:

                    -  Empat minggu notis untuk tempoh perkhidmatan kurang dari dua tahun.
                    -  Enam minggu notis untuk tempoh perkhidmatan melebihi dua tahun tetapi kurang dari
                      lima tahun.
                    -  Lapan minggu notis untuk tempoh perkhidmatan melebihi lima tahun.


                  •  Penamatan tanpa notis adalah seperti berikut:
                    Mana-mana pihak (majikan dan pekerja) boleh menamatkan kontrak perkhidmatan dengan
                    segera atau serta-merta tanpa notis dengan membayar tanggung rugi pada pihak yang
                     satu lagi dalam jumlah upah yang sepatutnya diberi. Contohnya jika pekerja ingin berhenti tanpa
                     notis, beliau perlu membayar balik tanggung rugi sebulan gaji kepada majikan dan
                     begitulah sebaliknya.




            10.  Kerja lebih masa
                  Seseorang yang bekerja lebih masa (melebihi lapan jam sehari atau 48 jam seminggu) berhak
                  diberikan upah tambahan.



                Persetujuan kontrak kerja antara majikan dan pekerja adalah penting bagi memastikan kedua-dua belah
             pihak tidak teraniaya. Berikut merupakan tanggungjawab sebagai pekerja sebelum memulakan kerja:
             1.  Meminta agar diberikan kontrak bertulis.
             2.  Diberi masa meneliti dan memahami isi kontrak yang bakal ditandatangani.
             3.  Mengetahui hak-hak pekerja.
             4.  Mengetahui tanggungjawab pekerja terhadap majikan.










                                                                                                         25
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36