Page 34 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 34

5 Peraturan-peraturan Makanan 1985


           Peraturan-peraturan Makanan 1985 merupakan senarai peraturan berkaitan makanan yang perlu dipatuhi
           oleh pengusaha-pengusaha industri makanan. Berikut merupakan antara peraturan yang terkandung dalam
           Peraturan-peraturan Makanan 1985:

           Berdasarkan semua aspek yang digariskan dalam akta dan jadual, kita
           boleh ringkaskan seperti berikut:
           1.  Ramuan yang dijadikan makanan dan minuman termasuk bahan
               pewarna, bahan perisa dan rempah-ratus haruslah menepati
               peraturan.
           2.  Hanya bekalan air paip sahaja yang digunakan untuk
               mengendalikan makanan.
           3.  Kebersihan diri, tempat kerja dan peralatan perlu dititikberatkan.
           4.  Makanan hendaklah disimpan di tempat yang bersih dan jauh
               daripada habuk.                                                    Kod QR
           5.  Pengidap penyakit berjangkit dilarang mengendalikan makanan.
           6.  Simpan makanan dalam bekas yang dibenarkan. Makanan
               yang mengandungi plastik atau logam dikategorikan sebagai
               makanan yang telah tercemar.
           7.  Persediaan dan penjualan makanan hendaklah di atas               Sila layari laman sesawang
               permukaan tanah, iaitu di atas kawasan lapang. Ketinggian        http://arasmega.com/qr-
               tempat meletakkan  makanan sekurang-kurangnya 0.4572 m dari      link/peraturan-peraturan-
               permukaan tanah.                                                 kebersihan-makanan-2009/
           8.  Peralatan seperti gelas dan pinggan yang sompek, pecah dan       untuk mengetahui lebih lanjut
               rosak tidak boleh digunakan.                                     tentang Peraturan-peraturan
           9.  Pegang makanan dengan menggunakan penyepit.                      Makanan 1985 dan Jadual
           10.  Kenderaan untuk pengangkutan makanan hendaklah bersih.          dalam Peraturan Makanan 1985.
               Kenderaan yang telah digunakan untuk membawa haiwan tidak        (Dicapai pada 19 Ogos 2019)
               boleh digunakan untuk membawa makanan.
           11.  Pemeriksaan perubatan perlu dilakukan ke atas pengendali
               makanan oleh pegawai perubatan atau kesihatan.




             6 Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009


           Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 merupakan satu peraturan di bawah akta induk iaitu
           Akta Makanan 1983 (Akta 281). Peraturan ini telah diwartakan pada 2 Februari 2009. Secara amnya, PPKM
           2009 telah digubal sejak tahun 1983 berdasarkan beberapa garis panduan seperti Kod Amali Kebersihan
           Makanan 1974,  The Codex general Principal of Food Hygiene,  Regulation (EC) No. 852/2004 (Hygiene of
           Foodstuffs) dan Regulation (EC) No. 853/2004 (Hygiene Rules for Food of Animal Origin).

           Tujuan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009
           Berikut merupakan tujuan penubuhan PPKM 2009:
           1.  Menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan
               makanan bagi melindungi kesihatan rakyat.












              28
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39