Page 32 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 32

2 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991


           Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan
           undang-undang  yang berhubungan dengan satu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan
           simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara-perkara bersampingan dengannya. Kadar caruman
           adalah bergantung kepada status pekerja, kadar gaji bulanan dan peringkat umur.

                                              Jadual 1.1  Kadar caruman KWSP

                                       Kadar Gaji          Peringkat 1                 Peringkat 2
                 Status pekerja
                                     Bulanan Pekerja   (60 tahun ke bawah)          (60 tahun ke atas)
            (i)  Warganegara        Tiada had                                Terpakai untuk (i) sahaja
            (ii)  Penduduk Tetap                                             Syer Pekerja: 0%
            (iii) Bukan Warganegara                                          Syer Majikan: 4%
               (Didaftar sebagai ahli                                        (Rujuk Kadar Caruman –Bahagian E)
               sebelum 1 Ogos 1998)
                                    RM5,000 dan ke   Syer pekerja: 11%       Terpakai untuk (ii) dan (iii) sahaja
                                    bawah            Syer majikan: 13%       Syer Pekerja: 5.5 %
                                                     (Rujuk Kadar Caruman –  Syer Majikan: 6.5 %
                                                     Bahagian A)             (Rujuk Kadar Caruman –Bahagian C)


                                    Melebihi RM5,000  Syer pekerja: 11%      Terpakai untuk (ii) dan (iii) sahaja
                                                     Syer majikan: 12%       Syer Pekerja: 5.5%
                                                     (Rujuk Kadar Caruman –  Syer Majikan: 6%
                                                     Bahagian A)             (Rujuk Kadar Caruman –Bahagian C)


            Bukan Warganegara       Tiada had        Syer pekerja: 11%       Syer pekerja: 5.5%
            (Didaftar sebagai ahli                   Syer majikan: RM 5.00   Syer majikan: RM5.00
            mulai 1 Ogos 1998)                       (Rujuk Kadar Caruman–   (Rujuk Kadar Caruman–Bahagian D)
                                                     Bahagian B)

           Pencarum KWSP boleh memilih salah satu atau lebih daripada manfaat yang berikut:
           (a)  Simpanan Tambahan Akaun 1
           (b)  Pendaftaran haji
           (c)  Persaraan
           (d)  Hilang upaya
           (e)  Kematian
           (f)  Pelepasan cukai pendapatan





























              26
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37