Page 33 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 33

3 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969                                  Info


            Akta Keselamatan Sosial Pekerja ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan   Pertubuhan Keselamatan Sosial
            Sosial Pekerja (PERKESO)  untuk melaksanakan atau menguatkuasakan   Pekerja (PERKESO) ialah sebuah
            Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am)   badan kerajaan di bawah
            Sosial Pekerja 1971,  Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017   Kementerian Sumber Manusia.
            (Akta  789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).     PERKESO bertanggungjawab
                Akta ini memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan   memberi perlindungan kepada
            pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah kewangan kepada        pekerja yang ditimpa kemalangan
            pekerja  sekiranya  mereka  mengalami  hilang  upaya  akibat  daripada   semasa di tempat kerja dan dalam
            kemalangan ataupun mengidap penyakit yang menyebabkan mereka        perjalanan pergi atau balik dari
            kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk   tempat kerja.
            bekerja lagi.
               Sekiranya pekerja meninggal dunia, orang tanggungan mereka diberi
            jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan
            kehidupan. Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap
            pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan. Caruman ini
            terbahagi kepada dua iaitu:
             1.  Caruman Jenis Pertama
                (a)  Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman perlu dibayar oleh majikan dan
                    pekerja adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
                (b)  Kadar caruman di bawah jenis ini ialah 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji
                    bulanan pekerja.

             2.  Caruman Jenis Kedua
                (a)  Adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.
                (b)  Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi
                    perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.


              4 Akta dan Peraturan-peraturan Makanan

             Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah dikeluarkan untuk memastikan semua
             makanan yang dihasilkan dan dijual selamat untuk dimakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
             pengusaha untuk mematuhi semua peraturan dalam akta tersebut. Berikut merupakan isi kandungan
             undang-undang dan peraturan makanan:

                                                    Akta Makanan 1983




                     Akta Makanan 1983 digubal untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah
                             selamat dimakan dan mempunyai label yang tidak mengelirukan pengguna.



                                             Standard makanan dan kandungannya



                        Tambahan               Antara tumpuan yang diberikan:                Aspek
                       zat makanan                                                       pembungkusan


                                       Jaminan bagi makanan-   Penandaan tarikh bagi
                                         makanan tertentu           makanan


                                                Rajah 1.11  Akta Makanan 1983

                                                                                                         27
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38