Page 37 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 37

Peraturan Pemeliharaan Alam Sekitar dalam Pengurusan Industri

             Konsep Alam Sekitar
             Alam sekitar merupakan segala yang terdapat di sekeliling manusia
             merangkumi aspek fizikal dan juga sosiobudaya masyarakat. Alam     1.3.2  Mengenal pasti kepentingan
             sekitar juga boleh dipecahkan kepada beberapa elemen iaitu:             memelihara alam sekitar
                                                                                     dalam industri makanan.
                  1        Alam sekitar fizikal seperti air, udara, tanah dan galian.
                                                                                      Info


                  2        Alam sekitar biologi, merupakan elemen bernyawa      Menurut Akta Kualiti Alam
                                                                                Sekeliling (1974), alam sekitar
                           seperti haiwan dan tumbuhan.
                                                                                didefinisikan sebagai unsur-
                                                                                unsur fizikal yang berada di
                  3        Alam sekitar sosial merangkumi keseluruhan sistem    sekeliling manusia seperti
                                                                                tanah, air, udara, iklim,
                           sosial kebudayaan dan politik.
                                                                                tumbuhan, haiwan dan unsur-
                                                                                unsur biologi serta sosial yang
                  4        Alam bina ialah alam binaan manusia untuk            saling bergantung antara satu
                           tujuan tertentu seperti perbandaran, penempatan,
                                                                                sama lain.
                           perindustrian dan pertanian.


             Pemeliharaan Alam Sekitar
             Pemeliharaan alam sekitar berdasarkan kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) dan jabatan
             yang bertanggungjawab ialah Jabatan Alam Sekitar. Terdapat lapan prinsip di bawah Dasar Alam Sekitar
             Negara untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

             1.  Pengawasan alam sekitar.                      5.  Membuat keputusan bersepadu.
             2.  Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam.  6.  Peranan sektor swasta.
             3.  Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar.  7.  Komitmen dan kebertanggungjawaban.
             4.  Penggunaan mapan sumber-sumber asli.          8.  Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa.

               Bagi memelihara alam sekitar dalam industri pemprosesan makanan, Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)
             2018 telah diwujudkan. DASN diwujudkan dengan bermatlamatkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi
             sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan
             pembangunan lestari.
               Penggubalan akta, kaedah, peraturan dan perintah dikuatkuasakan bagi memastikan pemeliharaan alam
             sekitar dapat dilaksanakan.


                                             Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif
                                     1       bagi generasi masa kini dan masa hadapan.




                          Tujuan           2       Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi
                          DASN                     yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan
                                                   semua sektor masyarakat.



                                      3      Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran
                                             yang lestari.

                                                   Rajah 1.13  Tujuan DASN



                                                                                                         31
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42