Page 38 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 38

Undang-undang Pemeliharaan Alam Sekitar
           Akta  Kualiti Alam Sekeliling (1974) diwujudkan untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran
           dan memberi langkah-langkah menangani pencemaran alam sekitar. Berikut merupakan antara skop
            yang digariskan:
           1.  Pelesenan.
           2.  Mengawal pencemaran udara.
           3.  Mengawal pencemaran bunyi bising.
           4.  Mengawal pencemaran tanah-tanih.
           5.  Mengawal pencemaran perairan daratan (air).
           6.  Mengawal pencemaran perairan (laut).
           7.  Mengawal pembakaran terbuka.
           8.  Mengawal pembuangan sisa berjadual.

           Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar


                 1        Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.


                 2        Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.



                 3        Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global.



                 4        Memastikan komposisi gas di udara kekal seimbang.


                 5        Memastikan bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas.



                 6        Memastikan bekalan logam dan bukan logam di dalam kerak bumi tidak kehabisan.




           Kesan Pengabaian Pemeliharaan Alam Sekitar
           Kegagalan memelihara alam sekitar akan memberi kesan yang negatif
           kepada manusia dan alam sekitar. Berikut merupakan kesan-kesan
           yang akan terjadi kepada alam sekitar jika tidak dipelihara dengan baik:  1.3.3  Menerangkan kesan
           1.  Ancaman fizikal atau geomorfologi terhadap kehidupan manusia         mengabaikan pemeliharaan
              seperti:                                                              alam sekitar.
              (a) Bencana alam (banjir kilat, kesan rumah hijau dan pemanasan
                 global).
              (b) Pencemaran udara yang berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus dari cerobong
                 asap kilang, pembebasan gas chlorofluorocarbons atau CFC.
              (c) Pencemaran air yang berpunca daripada pembuangan sisa industri ke dalam sungai.

              (d) Pencemaran tanah melalui aktiviti pembuangan sampah secara haram dan tidak terkawal.
              (e) Wabak penyakit yang berbahaya seperti taun, malaria dan penyakit epidemik yang lain.

           2.  Perubahan iklim seperti:
              (a) Kemarau                         (d)  Hujan air batu

              (b) Hujan berlarutan                (e)  Salji yang tebal
              (c) Ribut



              32
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43