Page 42 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 42

1.4  SISTEM PENGURUSAN DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN
                  MAKANAN DAN PRODUK MAKANAN HALAL


           Secara asasnya, sebuah premis makanan boleh memulakan
           operasinya dengan membangunkan pelbagai sistem pengurusan
           yang  diamalkan dalam pemprosesan makanan. Berikut merupakan
           beberapa sistem pengurusan yang digunakan dalam industri            1.4.1  Menyenaraikan sistem
           pemprosesan makanan:                                                     pengurusan dalam industri
                                                                                    makanan.

           (a)   Amalan Pengilangan yang Baik                                  1.4.2  Menyatakan konsep produk
                                                                                    makanan halal.
                 (Good Manufacturing Practices – GMP)

           (b)   Sistem Analisis Titik Kawalan Kritikal         (e)    Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
                 (Hazard Analysis and Critical Control Points – HACCP)


                 Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan
           (c)   (Food Safety Management System – FSMS)          (f)   First In, First Out (FIFO)


                 Makanan Selamat Tanggungjawab Industri
           (d)   (MeSTI)                                        (g)    Last In, First Out (LIFO)




           Konsep Produk Makanan Halal

           Konsep produk makanan halal merupakan sesuatu produk makanan yang boleh dimakan dari segi hukum
           syarak dan meliputi bersih, suci, selamat dan berkualiti. Penghasilan sesuatu produk merangkumi proses-
           proses yang bermula daripada pemilihan sumber dan penyediaan bahan, proses pengilangan, pengeluaran,
           penyimpanan, pemindahan, pengedaran dan pemasaran kepada pengguna.
              Terdapat beberapa garis panduan untuk menentukan definisi produk makanan halal.



                             Produk tersebut tidak mengandungi bahagian atau benda daripada haiwan
                (a)          yang dilarang oleh hukum syarak.






                             Tidaklah mengandungi sebarang benda yang dihukum sebagai najis
                (b)
                             mengikut hukum syarak.






                             Tidaklah disedia, diproses atau dikilangkan dengan menggunakan alatan
                 (c)
                             yang tidak bebas daripada benda-benda najis mengikut hukum syarak.



                             Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu
                             bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak
                (d)
                             memenuhi kehendak garis panduan (a), (b), dan atau sebarang benda yang
                             dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.






              36
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47