Page 43 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 43

Ciri-ciri Produk Makanan Halal

             Bagi memastikan aspek kehalalan sesuatu produk terjamin,           1.4.4  Menentukan keperluan
             ciri-ciri produk makanan halal ditekankan supaya tidak menimbulkan      umum ciri-ciri makanan halal.
             keraguan terhadap sesuatu produk tersebut. Berikut merupakan
             ciri-ciri produk makanan halal di Malaysia:


                                            Jadual 1.2  Ciri-ciri produk makanan halal

                        Jenis Produk                                     Ciri-ciri

                                              •  Produk haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
                                                haiwan darat dan haiwan air.
                                              •  Produk haiwan darat halal dimakan kecuali haiwan yang disahkan
                                                haram untuk dimakan seperti babi (untuk orang Islam) dan yang
                       Produk Haiwan            tidak disembelih mengikut hukum syarak.
                                              •  Produk haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air
                                                sahaja adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun,
                                                memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.


                                              •  Semua jenis produk tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah
                                                halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan,
                  Produk tumbuh-tumbuhan        membahayakan kesihatan manusia dan yang dihasilkan oleh
                                                bioteknologi deoxyribonucleic acid (DNA) yang bersumberkan bahan
                                                yang haram.

                                              •  Semua produk minuman adalah halal diminum kecuali yang
                      Produk minuman            beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan
                                                bercampur dengan benda-benda najis.


                                              •  Semua produk bahan semula jadi seperti air, mineral dan lain-
                   Produk bahan semula jadi     lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun,
                                                memabukkan dan membahayakan kesihatan.

                                              •  Semua produk bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur
                     Produk bahan kimia         dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


                                              •  Produk bahan tambah (food additives) seperti penstabil, pengemulsi,
                       Bahan tambah             pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan
                                                daripada sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan
                                                oleh hukum syarak.



                                                                                   Info

                    Kod QR
                                                                              Penganjuran Pameran Halal
                  Sila layari laman sesawang http://arasmega.                 Antarabangsa Malaysia (MIHAS)
                  com/qr-link/logo-halal-negara-negara-lain/                  akan diadakan pada setiap
                  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan                 tahun bagi meluaskan lagi
                  logo halal negara lain yang diiktiraf oleh JAKIM            kedudukan Malaysia sebagai
                  Malaysia.                                                   hab halal dunia.






                                                                                                         37
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48