Page 146 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 146
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
menggunakan aplikasi peta konsep yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, keupayaan
mereka untuk mengingat tindak balas kimia kumpulan berfungsi sebatian-sebatian
organik masih belum mencukupi untuk mereka menyelesaikan soalan yang melibatkan
pengenalpastian formula struktur sebatian organik yang diuji. Kebanyakan pelajar seakan-
akan hilang punca untuk bermula apabila berhadapan dengan soalan mengenal pasti
formula struktur sebatian organik yang diutarakan. Mereka gagal mentafsir maklumat
yang diberikan di dalam soalan dan menganggap maklumat tersebut sebagai suatu yang
kompleks. Senario ini disokong oleh Keig dan Rubba (1993) melalui kajian yang mereka
jalankan, iaitu, “the difficulty as a result of students inability to translate one representation
into another”. Keadaan ini menyebabkan para pelajar berasa rendah diri dan kecewa
kerana sering gagal dalam kebanyakan ujian topikal yang diberikan oleh guru dan hilang
keyakinan diri dalam pembelajaran Kimia Organik. Ini seterusnya mendorong pelajar untuk
beranggapan bahawa bidang Kimia Organik adalah cabang ilmu yang sangat sukar untuk
dikuasai berbanding dua bidang yang lain.
Justeru, satu inovasi telah diilhamkan iaitu teknik ‘TODA’ (Table of Observation-Deduction
and Analysis) telah diperkenalkan kepada para pelajar bagi menangani masalah yang
dihadapi di dalam mengenal pasti formula struktur sebatian organik. Inovasi teknik ini
diharapkan dapat membantu pelajar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam
pengenalpastian formula struktur sebatian organik dan seterusnya meningkatkan
keyakinan diri pelajar di dalam pembelajaran bidang Kimia Organik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenal pasti formula struktur
sebatian organik dengan memperkenalkan inovasi dalam kaedah pengajaran guru serta
mempertingkatkan keyakinan diri pelajar di dalam pembelajaran bidang Kimia Organik.
3.2 Objektif Khusus
Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk:
3.2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal pasti formula struktur sebatian Kimia Organik,
3.2.2 Membantu pelajar untuk mencerakinkan dan menganalisis maklumat kompleks
yang diutarakan di dalam soalan melalui teknik ‘TODA’ secara kolaboratif.
3.3.3 Membetulkan persepsi salah pelajar bahawa Kimia Organik ialah cabang ilmu
yang sukar untuk dikuasai melalui aplikasi teknik ‘TODA’.
Kementerian Pendidikan Malaysia 145

