Page 95 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 95

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            5.4    Pelaksanaan Kajian


            Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 12 minggu dalam masa 40 minit, dua kali
            seminggu semasa PdPc. Guru membimbing pelajar menggunakan kad imbas “TEKMEN
            SPROKON”. Selepas dua minggu “TEKMEN SPROKON” diperkenalkan, pelajar telah
            menjalani Ujian Pos. Manakala Peperiksaan STPM Semester 1 pula dijalankan lima (5)
            minggu  selepas  Ujian  Pos.  “TEKMEN  SPROKON”    didapati  berjaya  membantu  pelajar
            menguasai kemahiran menjawab soalan esei “Bincangkan”. Pelajar berjaya mengemukakan
            huraian pro dan kontra bagi setiap fakta yang dikemukakan semasa Program  Tekad
            Cemerlang. Pelajar juga mampu menyiapkan jawapan mengikut standard masa yang
            ditetapkan, iaitu 40 minit bagi setiap soalan.


            5.5    Refleksi Kajian


            5.5.1   Penguasaan Kemahiran Menjawab Pelajar
            Sebelum “TEKMEN SPROKON”, pelajar hanya mengemukakan fakta dan contoh dan gagal
            mengemukakan huraian KBAT, namun selepas pelaksanaan “TEKMEN SPROKON”, pelajar
            dapat mengemukakan huraian KBAT bagi setiap fakta, selain mengemukakan contoh yang
            relevan bagi setiap fakta. Pelajar memperoleh markah maksimum yang disasarkan, iaitu
            20/24 malah ada yang mencapai 24/25 markah. Pelajar dapat mengasah minda mereka
            untuk  menggunakan  kemahiran  berfikir  secara  kritis  dan  kreatif  dalam  mengemukakan
            huraian pro dan kontra bagi setiap fakta yang dikemukakan. Yahya (2014) menyimpulkan
            bahawa pelaksanaan KBAT dalam PdPc berupaya melahirkan pelajar yang mampu berfikir
            dengan konsisten, berkesan, mendalam dan produktif.

            Penguasaan kemahiran menjawab ini dapat dilihat melalui perubahan perkembangan idea
            pelajar  berdasarkan  Gambar 5.4. Selepas penggunaan  “TEKMEN SPROKON”,  pelajar
            berjaya  mengemukakan  huraian  pro dan huraian  kontra bagi  fakta yang dikemukakan
            sehingga mampu memperoleh markah maksimum, iaitu 4/4.

























       94    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100